Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Dua Korintus 13:1-14

RANGKA KANDUNGAN

  • Amaran dan galakan terakhir (1-14)

    • Terus menguji keteguhan iman (5)

    • Terus membetulkan fikiran; fikiran hendaklah sehaluan (11)

13  Inilah kali ketiga aku hendak datang kepada kamu. “Setiap perkara harus disahkan oleh keterangan* dua atau tiga orang saksi.”+  Walaupun sekarang aku tidak bersama kamu, dengarkanlah kata-kataku seakan-akan aku bersama dengan kamu buat kali kedua. Awal-awal lagi, aku memberikan amaran kepada mereka yang pernah berbuat dosa dan kepada semua orang yang lain, bahawa andai kata aku datang lagi, aku tidak akan melepaskan orang yang berbuat salah.  Dengan cara ini, aku akan membuktikan kepada kamu bahawa Kristus memang bercakap melalui aku. Kristus tidak lemah tetapi sangat berkuasa dalam kalangan kamu.  Dia memang dihukum bunuh pada tiang dalam keadaan tidak berdaya, tetapi sekarang dia hidup kerana kuasa Tuhan.+ Seperti dia dahulu, kami juga lemah sekarang, tetapi kami akan hidup bersamanya+ kerana kuasa Tuhan, yang sedang bekerja dalam kalangan kamu.+  Teruslah menguji diri kamu sendiri untuk mengetahui sama ada iman kamu teguh atau tidak, dan teruslah memeriksa keadaan kamu yang sebenarnya.+ Tidakkah kamu tahu bahawa Yesus Kristus bersatu dengan kamu, kecuali kamu tidak lagi diperkenankan Tuhan?  Aku benar-benar berharap agar kamu akan mengetahui bahawa kami memang diperkenankan Tuhan.  Kami berdoa kepada Tuhan agar kamu tidak melakukan apa-apa kesalahan. Tujuan kami bukanlah untuk menunjukkan bahawa kami mendapat perkenan orang. Sebaliknya kami ingin kamu melakukan apa yang baik meskipun orang lain tidak berkenan kepada kami.  Kami tidak dapat melakukan apa-apa untuk menentang kebenaran, sebaliknya semua yang kami lakukan adalah untuk menyokong kebenaran.  Kami pasti bersukacita apabila kamu berkuasa, biarpun kami lemah pada ketika itu; dan kami berdoa agar fikiran kamu terus dibetulkan. 10  Itulah sebabnya aku menulis tentang perkara-perkara ini semasa aku tidak bersama kamu. Dengan ini apabila aku ada bersama kamu nanti, aku tidak perlu menggunakan kuasa yang diberikan oleh Tuan kepadaku untuk bertindak dengan tegas terhadap kamu.+ Hal ini demikian kerana kuasa ini diberikan kepadaku agar aku menguatkan kamu, bukannya melemahkan kamu. 11  Akhirnya saudara-saudara, teruslah bersukacita, teruslah membetulkan fikiran kamu, teruslah menerima galakan daripada orang lain,+ teruslah hidup dengan damai,+ dan hendaklah fikiran kamu sentiasa sehaluan.+ Dengan demikian, Tuhan yang penuh dengan kasih dan kedamaian+ akan menyertai kamu semua. 12  Sambutlah satu sama lain dengan ciuman.* 13  Semua umat suci Tuhan mengirim salam kepada kamu. 14  Semoga kebaikan hati Tuan Yesus Kristus yang unggul dan kasih Tuhan serta kuasa suci-Nya yang dikurniakan kepada kita menyertai kamu semua.

Nota Kaki

Harfiah, “mulut.”
Harfiah, “ciuman suci.” Dahulu orang Kristian mencium satu sama lain semasa bersalaman.