Dua Korintus 1:1-24

  • Salam (1, 2)

  • Tuhan melegakan hati semasa kita mengalami cubaan (3-11)

  • Paulus mengubah rancangannya (12-24)

1  Aku, Paulus, yang menjadi rasul Kristus Yesus menurut kehendak Tuhan, dan saudara kita Timotius+ menulis surat ini kepada sidang Tuhan di Korintus, termasuk semua umat suci di seluruh Akhaya:+  Semoga kamu semua dikurniai kebaikan hati yang unggul dan kedamaian daripada Tuhan, Bapa kita, dan Tuan Yesus Kristus.  Terpujilah Tuhan dan Bapa kepada Yesus Kristus,+ Tuan kita. Dia Bapa yang berbelas kasihan+ dan Tuhan yang melegakan hati kita dalam apa jua situasi.+  Dia melegakan hati* kita semasa kita mengalami segala macam cubaan,*+ supaya dengan kelegaan hati yang kita terima daripada Tuhan,+ kita juga dapat melegakan hati orang lain+ yang mengalami segala macam cubaan.*  Sebagaimana kita mengalami banyak penderitaan demi Kristus,+ begitu juga kita mendapat kelegaan hati yang melimpah melalui Kristus.  Kami mengalami cubaan* supaya kamu mendapat kelegaan hati dan penyelamatan; kami mendapat kelegaan hati, supaya kamu juga mendapat kelegaan hati, yang akan membantu kamu bertabah semasa menghadapi penderitaan yang kami alami juga.  Harapan kami terhadap kamu tidak goyah, kerana kami tahu bahawa sebagaimana kamu mengalami penderitaan seperti kami, kamu juga akan mendapat kelegaan hati seperti kami.+  Saudara-saudara, kami mahu kamu mengetahui kesengsaraan yang kami alami di daerah Asia.+ Kesengsaraan itu begitu berat sehingga kami tidak dapat menanggungnya dengan kekuatan sendiri, dan kami tidak pasti sama ada kami dapat terus hidup atau tidak.+  Sebenarnya, kami berasa bahawa kami sudah dijatuhi hukuman mati. Namun hal ini berlaku supaya kami tidak menaruh kepercayaan kepada diri sendiri, tetapi kepada Tuhan+ yang membangkitkan orang mati. 10  Dia telah menyelamatkan kami daripada bahaya maut, dan Dia akan menyelamatkan kami lagi. Kami yakin bahawa Dia juga akan menyelamatkan kami pada masa depan.+ 11  Doa kamu yang sungguh-sungguh+ juga dapat membantu kami, kerana Tuhan akan menjawab doa yang diucapkan oleh banyak orang.+ Dengan demikian, banyak orang akan mengucapkan syukur bagi pihak kami atas bantuan yang kami terima. 12  Kami dapat berbangga akan hal ini: Hati nurani kami memberikan kesaksian bahawa kami telah menunjukkan kesucian dan ketulusan yang berasal daripada Tuhan semasa kami bersama orang di dunia, dan terutamanya semasa kami bersama kamu. Kami tidak bergantung pada kebijaksanaan dunia,+ tetapi pada kebaikan hati Tuhan yang unggul. 13  Sesungguhnya, kami hanya menulis kepada kamu tentang perkara yang dapat kamu baca* dan fahami. Aku berharap kamu akan terus memahami perkara-perkara ini dengan sepenuhnya.* 14  Sampai tahap tertentu, kamu sudah memahami bahawa kami merupakan alasan bagi kamu untuk berbangga, sepertimana kamu juga akan menjadi alasan bagi kami untuk berbangga pada hari Tuan Yesus. 15  Oleh sebab aku yakin tentang hal itu, aku berniat untuk datang kepada kamu terlebih dahulu agar kamu dapat bersukacita buat kali kedua;* 16  aku berniat untuk melawat kamu dalam perjalananku ke Makedonia dan dalam perjalanan kembali dari Makedonia. Kemudian kamu dapat menghantar aku untuk sebahagian perjalananku ke Yudea.+ 17  Semasa aku membuat rancangan ini, adakah aku menganggapnya sebagai hal yang remeh? Adakah aku sebentar berkata “Ya” dan sebentar berkata “Tidak” kerana aku membuat rancangan ini demi kepentingan diri sendiri? 18  Namun sebagaimana Tuhan dapat dipercayai, apa yang kami katakan kepada kamu juga bukanlah “ya” tetapi kemudian “tidak.” 19  Hal itu demikian kerana Yesus Kristus, Anak Tuhan, yang telah diisytiharkan kepada kamu melalui Silvanus,* Timotius,+ dan aku sendiri, bukanlah “ya” tetapi kemudian “tidak.” Sebaliknya sehubungan dengan Yesus, “ya” sentiasa menjadi “ya.” 20  Tidak kira berapa banyak janji Tuhan, semua janji itu telah menjadi “ya” melalui Yesus.+ Melalui dia, kita juga mengucapkan “Amin” kepada Tuhan,+ supaya Tuhan dimuliakan. 21  Tuhanlah yang memberikan jaminan bahawa kamu dan kami merupakan milik Kristus, dan Dialah yang mengurapi kita.+ 22  Dia juga telah memeterai kita+ dan memberikan kuasa suci-Nya*+ dalam hati kita sebagai jaminan bahawa kita akan menerima berkat-berkat yang bakal tiba.* 23  Aku bersumpah demi nyawaku sendiri di hadapan Tuhan bahawa aku belum lagi datang ke Korintus, kerana aku tidak mahu menambahkan kesedihan kamu. 24  Kami bukanlah tuan yang berkuasa atas iman kamu,+ memandangkan kamu dapat berdiri teguh kerana iman kamu sendiri. Sebaliknya kami ialah rakan sekerja yang membawa sukacita bagi kamu.

Nota Kaki

Atau “menggalakkan.”
Atau “kesengsaraan.”
Atau “kesengsaraan.”
Atau “kesengsaraan.”
Atau mungkin, “yang sudah kamu ketahui dengan baik.”
Harfiah, “hingga akhir.”
Atau mungkin, “agar kamu mendapat manfaat sebanyak dua kali.”
Juga dipanggil Silas.
Biasanya dipanggil roh kudus. Lihat Kamus.
Atau “sebagai bayaran pendahuluan (wang cengkeram).”