Satu Yohanes 2:1-29

  • Yesus, korban pendamaian (1, 2)

  • Mematuhi perintah Tuhan (3-11)

    • Perintah lama dan baharu (7, 8)

  • Sebab surat ini ditulis (12-14)

  • Jangan mengasihi dunia (15-17)

  • Amaran tentang musuh Kristus (18-29)

2  Anak-anak yang dikasihi, aku menulis kepada kamu tentang hal-hal ini supaya kamu tidak berbuat dosa. Namun jika seseorang berbuat dosa, kita mempunyai seorang penolong* yang melakukan apa yang benar, iaitu Yesus Kristus,+ yang ada bersama Bapa.+  Dia merupakan korban pendamaian,*+ bukan sahaja untuk dosa kita,+ tetapi juga untuk dosa semua orang di dunia.+  Jika kita terus mematuhi perintahnya,* hal itu menunjukkan bahawa kita mengenalnya.  Jika seseorang berkata, “Aku mengenalnya,” tetapi tidak mematuhi perintahnya, dia ialah seorang pendusta, dan kebenaran tidak ada dalam dirinya.  Tetapi jika seseorang mematuhi kata-katanya, dia menunjukkan bahawa dia benar-benar mengasihi Tuhan.+ Demikianlah kita tahu bahawa kita bersatu dengannya.+  Sesiapa yang mengatakan bahawa dia sedang bersatu dengannya mesti terus hidup mengikut jejaknya.+  Saudara-saudara yang dikasihi, perintah yang aku tulis ini bukanlah perintah yang baharu, tetapi perintah lama yang sudah kamu terima sejak mula lagi.+ Perintah lama ini merupakan perkhabaran yang telah kamu dengar.  Namun perintah yang aku tulis ini boleh juga dikatakan perintah yang baharu, kerana kebenarannya nyata pada diri Yesus dan juga pada diri kamu. Hal ini demikian kerana kegelapan sedang berlalu, dan cahaya yang sejati sedang bersinar.+  Jika seseorang mengatakan bahawa dia berada dalam cahaya tetapi membenci+ saudaranya, dia masih berada dalam kegelapan.+ 10  Orang yang mengasihi saudaranya tetap berada dalam cahaya+ dan tidak ada sesuatu pun dalam dirinya yang akan menyebabkannya tersandung. 11  Tetapi orang yang membenci saudaranya berada dalam kegelapan. Dia berjalan dalam kegelapan+ dan tidak tahu ke mana dia sedang pergi,+ kerana kegelapan itu sudah membutakan matanya. 12  Anak-anak yang dikasihi, aku menulis kepada kamu kerana dosa kamu sudah diampunkan demi nama Yesus.+ 13  Bapa-bapa, aku menulis kepada kamu kerana kamu sudah mengenal Yesus yang telah wujud sejak permulaan. Para pemuda, aku menulis kepada kamu kerana kamu sudah mengalahkan Si Jahat.+ Anak-anak kecil, aku menulis kepada kamu kerana kamu sudah mengenal Tuhan, Bapa kita.+ 14  Bapa-bapa, aku menulis kepada kamu kerana kamu sudah mengenal Yesus yang telah wujud sejak permulaan. Para pemuda, aku menulis kepada kamu kerana kamu teguh,+ kerana firman Tuhan tetap ada dalam diri kamu,+ dan kerana kamu telah mengalahkan Si Jahat.+ 15  Janganlah mengasihi dunia ini atau perkara-perkara di dalam dunia ini.+ Jika seseorang mengasihi dunia, kasih terhadap Bapa tidak ada dalam dirinya.+ 16  Hal ini demikian kerana segala sesuatu di dalam dunia ini, iaitu keinginan tubuh yang berdosa,+ keinginan mata,+ dan sikap suka menunjuk-nunjukkan* harta milik sendiri, tidak berasal daripada Bapa, tetapi berasal daripada dunia. 17  Selain itu, dunia dan segala sesuatu di dalamnya yang diingini oleh manusia sedang berlalu,+ tetapi orang yang melakukan kehendak Tuhan akan hidup selama-lamanya.+ 18  Anak-anak yang dikasihi, sekaranglah waktu yang terakhir. Kamu pernah mendengar bahawa musuh Kristus* akan datang.+ Banyak musuh Kristus sudah pun muncul,+ maka kita tahu bahawa sekaranglah waktu yang terakhir. 19  Mereka sudah meninggalkan kita kerana mereka tidak termasuk dalam golongan kita.+ Jika mereka termasuk dalam golongan kita, tentu mereka akan tetap bersama-sama kita. Tetapi mereka meninggalkan kita, maka nyatalah bahawa bukan semua orang termasuk dalam golongan kita.+ 20  Dia yang suci telah mengurapi kamu,+ dan kamu semua mempunyai pengetahuan. 21  Aku menulis kepada kamu, bukan kerana kamu tidak mengetahui kebenaran,+ tetapi kerana kamu mengetahuinya, dan kerana tidak ada dusta yang berasal daripada kebenaran.+ 22  Seseorang yang tidak percaya bahawa Yesus ialah Kristus merupakan seorang pendusta.+ Seseorang yang tidak percaya kepada Bapa dan Anak merupakan musuh Kristus.*+ 23  Sesiapa yang tidak percaya kepada Anak tidak diperkenankan Bapa.+ Tetapi sesiapa yang mengakui bahawa dia percaya kepada Anak+ diperkenankan Bapa.+ 24  Apa yang telah kamu dengar sejak awal lagi mesti tetap ada dalam diri kamu.+ Jika apa yang telah kamu dengar sejak awal lagi tetap ada dalam diri kamu, maka kamu juga akan tetap bersatu dengan Anak dan Bapa. 25  Inilah yang dijanjikannya* kepada kita: Kehidupan yang kekal.+ 26  Aku menulis kepada kamu tentang mereka yang mencuba menyesatkan kamu. 27  Kuasa suci Tuhan* yang mengurapi kamu+ tetap ada dalam diri kamu, dan kamu tidak memerlukan sesiapa pun untuk mengajar kamu. Tuhan menggunakan kuasa suci itu untuk mengajar kamu tentang segala sesuatu,+ dan hal itu benar dan bukan dusta. Oleh itu, hendaklah kamu tetap bersatu dengannya*+ selaras dengan apa yang diajarkan oleh Tuhan melalui kuasa-Nya. 28  Maka anak-anak yang dikasihi, teruslah bersatu dengannya.* Dengan demikian, kita dapat bercakap dengan berani*+ pada waktu dia disingkapkan, dan kita tidak akan berasa malu lalu menjauhinya semasa kehadirannya. 29  Jika kamu tahu bahawa Yesus diperkenankan Tuhan, maka kamu juga tahu bahawa semua orang yang berbuat benar ialah anak Tuhan.+

Nota Kaki

Atau “pembela.”
Atau “korban untuk memohon pengampunan.”
Boleh merujuk kepada Yesus atau Tuhan dalam ayat ini dan dalam ayat 4 hingga 6.
Atau “membangga-banggakan.”
Lihat Kamus, “Anti-Kristus.”
Lihat Kamus, “Anti-Kristus.”
Boleh merujuk kepada Yesus atau Tuhan.
Biasanya dipanggil roh kudus. Lihat Kamus.
Boleh merujuk kepada Yesus atau Tuhan.
Boleh merujuk kepada Yesus atau Tuhan.
Lihat Kamus, “Bercakap dengan berani.”