Satu Yohanes 1:1-10

  • Firman yang memberikan hidup (1-4)

  • Hidup dalam cahaya (5-7)

  • Perlu mengakui dosa (8-10)

1  Kami menulis surat kepada kamu mengenai firman yang memberikan hidup,+ iaitu firman yang sudah ada sejak permulaan, yang telah kami dengar, yang telah kami lihat dengan mata sendiri, yang telah kami perhatikan, dan yang telah kami sentuh dengan tangan sendiri.  (Ya, kehidupan kekal+ telah dinyatakan kepada kami, dan kami telah melihatnya. Sekarang kami memberikan kesaksian+ tentangnya dan melaporkannya kepada kamu. Kehidupan itu berasal daripada Bapa dan telah dinyatakan kepada kami.)  Kami melaporkan kepada kamu apa yang sudah kami lihat dan dengar,+ supaya kamu dapat bersatu dengan kami, sepertimana kami bersatu dengan Bapa dan dengan Anak-Nya, iaitu Yesus Kristus.+  Kami menulis tentang semua ini supaya sukacita kita dapat disempurnakan.  Inilah perkhabaran yang kami dengar daripada Yesus, yang kini kami umumkan kepada kamu: Tuhan itu cahaya,+ dan pada-Nya tidak ada kegelapan sama sekali.  Jika kita berkata, “Kita bersatu dengan Tuhan,” padahal kita masih hidup dalam kegelapan, kita sedang berdusta dan tidak mengamalkan apa yang benar.+  Namun, jika kita hidup dalam cahaya sebagaimana Tuhan sendiri ada dalam cahaya, maka kita semua akan bersatu, dan darah Anak-Nya, iaitu Yesus, akan membersihkan kita daripada semua dosa.+  Jika kita berkata, “Kita tidak mempunyai dosa,” kita sedang menipu diri sendiri,+ dan kebenaran tidak ada dalam diri kita.  Jika kita mengakui dosa kita, Tuhan akan mengampunkan dosa kita dan membersihkan kita daripada segala yang jahat, kerana Dia setia dan adil.+ 10  Tetapi jika kita berkata, “Kita tidak berbuat dosa,” kita menjadikan Tuhan pendusta, dan firman-Nya tidak ada dalam diri kita.

Nota Kaki