Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Satu Timotius 2:1-15

RANGKA KANDUNGAN

  • Doa demi segala macam orang (1-7)

    • Satu Tuhan, satu perantara (5)

    • Tebusan yang sepadan untuk semua (6)

  • Arahan bagi lelaki dan wanita (8-15)

    • Menghias diri dengan sederhana (9, 10)

2  Pertama sekali, aku menggesa agar rayuan, doa, permohonan,* dan ucapan syukur, disampaikan demi segala macam orang,  demi raja-raja, dan demi semua yang berkedudukan tinggi.+ Dengan demikian, kita dapat terus menjalani kehidupan yang tenang dan tenteram, mengabdikan diri kepada Tuhan dengan sepenuhnya, dan melakukan segala sesuatu dengan bersungguh-sungguh.*+  Dalam pandangan Tuhan, Penyelamat kita, hal itu baik dan menyenangkan hati-Nya.+  Dia menghendaki segala macam orang diselamatkan+ dan memperoleh pengetahuan yang tepat tentang kebenaran.  Ada satu Tuhan,+ dan ada satu perantara+ antara Tuhan dengan manusia,+ iaitu Kristus Yesus,+ seorang lelaki  yang telah menyerahkan dirinya sebagai tebusan yang sepadan untuk semua orang.*+ Kesaksian tentang hal ini akan diberikan pada masa yang ditetapkan.  Aku dilantik sebagai penyebar dan rasul+ untuk memberikan kesaksian tentang hal ini.+ Aku menjadi guru kepada bangsa-bangsa lain+ untuk mengajar mereka tentang kepercayaan dan kebenaran. Aku bercakap benar, dan aku tidak berdusta.  Oleh itu, aku mahu kaum lelaki di setiap tempat terus berdoa. Orang yang berdoa dengan tangan terangkat haruslah setia+ dan bebas daripada kemarahan+ ataupun perdebatan.+  Begitu juga, kaum wanita harus menghias diri dengan pakaian yang sopan,* dengan sederhana, dan dengan fikiran yang sihat.* Janganlah mereka berdandan dengan gaya rambut yang keterlaluan* atau memakai emas, mutiara, atau pakaian yang sangat mahal.+ 10  Sebaliknya mereka harus menghias diri dengan perbuatan baik, iaitu perbuatan yang sesuai bagi wanita yang mengaku diri sebagai penyembah Tuhan.+ 11  Biarlah seorang wanita berdiam diri* dan menunjukkan ketundukan+ yang sepenuhnya semasa belajar. 12  Aku tidak mengizinkan seorang wanita untuk mengajar atau berkuasa atas seorang lelaki. Dia harus tetap berdiam diri.*+ 13  Hal ini demikian kerana Adam dibentuk terlebih dahulu, kemudian barulah Hawa.+ 14  Lagipun, Adam tidak tertipu, tetapi wanita itulah yang tertipu+ lalu melanggar perintah Tuhan. 15  Namun dengan melahirkan anak, kaum wanita akan dilindungi,*+ asalkan mereka terus mempunyai iman, kasih, kesucian, dan fikiran yang sihat.*+

Nota Kaki

Atau “permohonan yang dibuat bagi orang lain.”
Atau “serius.”
Atau “segala macam orang.”
Atau “sesuai.”
Atau “pertimbangan yang baik.”
Harfiah, “dengan mengikat tocang.”
Atau “bertenang.”
Atau “bertenang.”
Wanita dinasihati untuk mengurus rumah tangga dan melatih anak-anak, supaya mereka tidak dijerat oleh sikap malas dan kelakuan yang buruk.
Atau “pertimbangan yang baik.”