Satu Tesalonika 1:1-10

  • Salam (1)

  • Bersyukur atas iman orang Tesalonika (2-10)

1  Surat ini daripada Paulus, Silvanus,*+ dan Timotius.+ Surat ini ditujukan kepada sidang di Tesalonika yang bersatu dengan Tuhan, Bapa kita, dan Tuan Yesus Kristus: Semoga kamu semua dikurniai kebaikan hati yang unggul dan kedamaian.  Kami sentiasa bersyukur kepada Tuhan semasa kami menyebut kamu semua dalam doa kami.+  Semasa kami menghadap Tuhan, Bapa kita, kami terus mengingati perbuatan kamu yang didorong oleh iman, dan kerja keras kamu yang didorong oleh kasih. Kami juga tidak pernah lupa tentang ketabahan yang kamu tunjukkan kerana kamu berharap+ kepada Tuan kita, Yesus Kristus.  Saudara-saudara yang dikasihi oleh Tuhan, kami tahu bahawa Tuhan telah memilih kamu,  kerana kami telah menyebarkan berita baik kepada kamu, bukan dengan kata-kata sahaja, tetapi juga dengan kuasa suci Tuhan* dan dengan keyakinan yang teguh. Hal itu telah memberikan kesan yang mendalam kepada kamu. Kamu sendiri mengetahui apa yang telah kami lakukan demi kamu semasa kami berada dalam kalangan kamu.  Kamu telah mengikut teladan kami+ dan teladan Tuan kita,+ kerana kamu menerima firman Tuhan dengan sukacita yang datang daripada kuasa suci Tuhan, meskipun kamu menanggung banyak penderitaan.+  Dengan demikian kamu menjadi teladan kepada semua pengikut Yesus di Makedonia dan Akhaya.  Sebenarnya, bukan sahaja orang di Makedonia dan Akhaya yang telah mendengar tentang firman Yehuwa* melalui kamu. Orang di merata-rata tempat juga telah mendengar laporan tentang iman kamu kepada Tuhan.+ Oleh itu, kami tidak perlu berkata apa-apa lagi.  Mereka terus melaporkan tentang pertemuan pertama kami dengan kamu, dan bagaimana kamu telah berpaling daripada berhala+ lalu menjadi hamba kepada Tuhan yang hidup dan benar. 10  Mereka juga melaporkan bahawa kamu menantikan kedatangan Anak Tuhan dari syurga,+ iaitu Yesus. Dia telah dibangkitkan oleh Tuhan daripada kematian, dan dialah yang menyelamatkan kita daripada kemurkaan Tuhan yang akan datang.+

Nota Kaki

Juga dipanggil Silas.
Biasanya dipanggil roh kudus. Lihat Kamus.