Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Satu Tawarikh 3:1-24

RANGKA KANDUNGAN

  • Keturunan Daud (1-9)

  • Keturunan diraja Daud (10-24)

3  Inilah senarai nama anak-anak Daud yang dilahirkan di Hebron:+ Anak sulung Daud ialah Amnon,+ ibunya bernama Ahinoam+ dari Yizreel; anak kedua ialah Daniel, ibunya bernama Abigail+ dari Karmel;  anak yang ketiga ialah Absalom,+ ibunya bernama Maakha, iaitu anak perempuan kepada Raja Talmai dari Gesur; anak yang keempat ialah Adonia,+ ibunya bernama Hagit;  anak yang kelima ialah Shefatiya, ibunya bernama Abital; dan anak yang keenam ialah Itream, ibunya bernama Egla.  Keenam-enam orang anak itu dilahirkan di Hebron. Daud memerintah di Hebron selama 7 tahun dan 6 bulan, dan di Yerusalem selama 33 tahun.+  Berikut ialah nama anak-anak Daud yang dilahirkan di Yerusalem:+ Simea, Sobab, Natan,+ dan Salomo.+ Ibu mereka ialah Bat-syeba,+ anak perempuan Amiel.  Daud juga mempunyai sembilan orang anak yang lain, iaitu Ibhar, Elisama, Elifelet,  Noga, Nefeg, Yafia,  Elisama, Eliada, dan Elifelet.  Mereka semua ialah anak-anak lelaki Daud. Selain itu, Daud mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Tamar.+ Daud juga mempunyai anak-anak lain daripada gundik-gundiknya. 10  Anak lelaki Salomo ialah Rehabeam.+ Anak lelaki Rehabeam ialah Abia.+ Anak lelaki Abia ialah Asa.+ Anak lelaki Asa ialah Yehosafat.+ 11  Anak lelaki Yehosafat ialah Yehoram.+ Anak lelaki Yehoram ialah Ahazia.+ Anak lelaki Ahazia ialah Yehoas.+ 12  Anak lelaki Yehoas ialah Amazia.+ Anak lelaki Amazia ialah Azarya.+ Anak lelaki Azarya ialah Yotam.+ 13  Anak lelaki Yotam ialah Ahas.+ Anak lelaki Ahas ialah Hizkia.+ Anak lelaki Hizkia ialah Manasye.+ 14  Anak lelaki Manasye ialah Amon.+ Anak lelaki Amon ialah Yosia.+ 15  Yosia mempunyai beberapa orang anak lelaki. Yang sulung ialah Yohanan, yang kedua ialah Yehoyakim,+ yang ketiga ialah Zedekia,+ dan yang keempat ialah Salum. 16  Anak lelaki Yehoyakim ialah Yekhonya.+ Anak lelaki Yekhonya ialah Zedekia. 17  Semasa Yekhonya menjadi tawanan, dia mendapat beberapa orang anak lelaki. Berikut ialah nama anak-anaknya: Sealtiel, 18  Malkhiram, Pedaya, Syenazar, Yekamia, Hosama, dan Nedabia. 19  Anak-anak Pedaya ialah Zerubabel+ dan Simei. Anak-anak lelaki Zerubabel ialah Mesulam dan Hanania, manakala anak perempuannya ialah Selomit. 20  Dia juga mempunyai lima orang anak lelaki yang lain: Hasuba, Ohel, Berekia, Hasadia, dan Yusab-hesed. 21  Anak-anak lelaki Hanania ialah Pelatia dan Yeshaya. Anak lelaki Yeshaya ialah Refaya. Anak lelaki Refaya ialah Arnan. Anak lelaki Arnan ialah Obaja. Anak lelaki Obaja ialah Sekania. 22  Sekania mempunyai seorang anak lelaki dan beberapa orang cucu. Anaknya ialah Semaya, dan anak-anak lelaki Semaya pula ialah Hatus, Yigal, Bariah, Neariah, dan Safat. Jumlahnya enam orang. 23  Neariah mempunyai tiga orang anak lelaki, iaitu Elioenai, Hizkia, dan Azrikam. 24  Elioenai mempunyai tujuh orang anak lelaki, iaitu Hodawia, Eliasib, Pelaya, Akub, Yohanan, Delaya, dan Anani.

Nota Kaki