Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Satu Tawarikh 26:1-32

RANGKA KANDUNGAN

  • Kumpulan penjaga gerbang (1-19)

  • Bendahara dan pegawai yang lain (20-32)

26  Berikut merupakan kumpulan-kumpulan yang bertugas untuk mengawal pintu gerbang:+ Daripada anak-anak Korah, terdapat Meselemia+ anak lelaki Kore, salah seorang keturunan Asaf.  Meselemia mempunyai beberapa orang anak lelaki. Anak sulungnya ialah Zakharia, anak keduanya ialah Yediael, anak ketiganya ialah Zebadia, anak keempatnya ialah Yatniel,  anak kelimanya ialah Elam, anak keenamnya ialah Yehohanan, dan anak ketujuhnya ialah Elieho-enai.  Obed-edom mempunyai beberapa orang anak lelaki. Anak sulungnya ialah Semaya, anak keduanya ialah Yehozabad, anak ketiganya ialah Yoah, anak keempatnya ialah Sakar, anak kelimanya ialah Netanel,  anak keenamnya ialah Amiel, anak ketujuhnya ialah Isakhar, dan anak kelapannya ialah Peuletai. Sememangnya, Tuhan telah memberkati Obed-edom.  Anak sulung Obed-edom, iaitu Semaya, mempunyai beberapa orang anak lelaki yang menjadi ketua puak kerana mereka gagah dan berkebolehan.  Anak-anak Semaya ialah Otni, Refael, Obed, dan Elzabad. Elihu dan Semakia, iaitu saudara-saudaranya, juga merupakan orang yang berkebolehan.  Mereka semua merupakan anak Obed-edom. Mereka dan anak-anak mereka serta saudara-saudara mereka merupakan orang yang berkebolehan dan layak untuk menjalankan tugas itu. Jumlah keturunan Obed-edom ialah 62 orang.  Meselemia+ mempunyai 18 orang anak lelaki dan saudara lelaki yang berkebolehan. 10  Hosa daripada keturunan Merari mempunyai beberapa orang anak lelaki. Hosa melantik Simri untuk menjadi ketua walaupun Simri bukan anak sulungnya. 11  Anaknya yang kedua ialah Hilkia, anaknya yang ketiga ialah Tebalia, dan anaknya yang keempat ialah Zakharia. Jumlah anak-anak dan saudara-saudara Hosa ialah 13 orang. 12  Daripada kumpulan-kumpulan penjaga gerbang itu, ketua kumpulan juga perlu bertugas di Rumah Yehuwa bersama saudara-saudara mereka. 13  Maka mereka membuang undi+ menurut puak masing-masing. Baik puak yang besar mahupun puak yang kecil membuang undi untuk menentukan pintu gerbang yang harus dikawal oleh mereka. 14  Selepas membuang undi, Syelemia mendapat tugas untuk menjaga gerbang di sebelah timur. Anaknya Zakharia ialah seorang penasihat yang bijaksana. Zakharia mendapat tugas untuk menjaga gerbang di sebelah utara. 15  Obed-edom mendapat tugas untuk menjaga pintu gerbang di sebelah selatan, manakala anak-anaknya+ ditugaskan untuk menjaga gudang-gudang. 16  Supim dan Hosa+ mendapat tugas untuk menjaga gerbang di sebelah barat, dekat Gerbang Syalekhet, iaitu berhampiran jalan yang menanjak. Di situ, satu kumpulan pengawal bertugas bersebelahan dengan kumpulan yang satu lagi. 17  Ada enam orang Lewi yang bertugas di gerbang sebelah timur. Setiap hari, ada empat orang bertugas di gerbang sebelah utara dan empat orang lagi bertugas di gerbang sebelah selatan. Di gudang-gudang pula,+ terdapat dua orang pengawal yang bertugas bersebelahan dengan dua orang pengawal yang lain. 18  Di serambi sebelah barat, terdapat empat orang pengawal di jalan besar+ dan dua orang lagi di serambi itu. 19  Itulah caranya keturunan Korah dan Merari dibahagikan menurut kumpulan mereka untuk menjaga gerbang. 20  Daripada orang Lewi, terdapat Ahia yang bertanggungjawab atas tempat penyimpanan harta di rumah Tuhan yang benar dan tempat penyimpanan alat-alat yang telah disucikan.*+ 21  Daripada keturunan Ladan, iaitu keturunan Ladan dalam puak Gerson, terdapat Yehieli,+ seorang ketua puak. 22  Anak-anak lelaki Yehieli, iaitu Zetam dan Yoel, juga bertanggungjawab atas tempat-tempat penyimpanan harta di Rumah Yehuwa.+ 23  Daripada keturunan Amram, Yizhar, Hebron, dan Uziel,+ 24  terdapat Syebuel. Dia ialah ketua yang bertanggungjawab atas tempat-tempat penyimpanan harta. Syebuel berasal daripada keturunan Gersom anak Musa. 25  Saudara-saudaranya yang berasal daripada keturunan Eliezer+ ialah Rehabia,+ Yeshaya, Yoram, Zikhri, dan Selomot. 26  Selomot dan saudara-saudaranya bertanggungjawab atas semua tempat penyimpanan alat-alat yang telah disucikan.+ Alat-alat itu telah disucikan oleh Raja Daud,+ ketua-ketua puak,+ ketua atas 1,000 orang, ketua atas 100 orang, dan ketua tentera. 27  Mereka telah menyucikan sebahagian daripada barang jarahan+ yang diperoleh dalam pertempuran+ untuk digunakan dalam kerja penyelenggaraan Rumah Yehuwa. 28  Mereka juga menjaga semua barang yang telah disucikan oleh Nabi* Samuel,+ Saul anak Kish, Abner+ anak Ner, dan Yoab+ anak Zeruya.+ Selomit* dan saudara-saudaranya bertanggungjawab atas semua barang yang telah disucikan. 29  Bagi keturunan Yizhar,+ Khenania dan anak-anak lelakinya dilantik menjadi pegawai dan hakim orang Israel. Mereka menjaga urusan di luar Rumah Tuhan.+ 30  Bagi keturunan Hebron,+ terdapat Hasabia dan saudara-saudaranya, yang berjumlah 1,700 orang. Mereka ialah orang yang berkebolehan. Mereka mentadbir kawasan barat Sungai Yordan di Israel, dan menyelia semua kerja yang berkaitan dengan ibadat Yehuwa dan khidmat diraja di kawasan itu. 31  Yeriya,+ daripada keturunan Hebron, ialah ketua keturunan Hebron. Pada tahun ke-40 pemerintahan Daud,+ pengikut Daud mencari pahlawan yang gagah dan mahir dalam kalangan orang Hebron. Mereka menjumpai pahlawan-pahlawan ini di Yaezer+ yang terletak di Gilead. 32  Yeriya dan saudara-saudaranya berjumlah 2,700 orang. Mereka ialah ketua puak yang cekap. Maka Raja Daud melantik mereka untuk mengawasi suku Ruben, suku Gad, dan separuh daripada suku Manasye, dalam semua kerja yang berkaitan dengan ibadat Tuhan yang benar dan khidmat diraja.

Nota Kaki

Atau “yang telah dikhaskan untuk Tuhan.”
Atau “Pelihat.”
Juga dipanggil Selomot di ayat 25 dan 26.