Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Satu Tawarikh 25:1-31

RANGKA KANDUNGAN

  • Pemuzik dan penyanyi Rumah Tuhan (1-31)

25  Kemudian, Daud dan para pemimpin yang lain memilih beberapa orang daripada anak-anak lelaki Asaf, Heman, dan Yedutun+ untuk bernubuat sambil diiringi kecapi, alat-alat muzik bertali,+ dan simbal.+ Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Inilah nama orang yang akan menjalankan tugas itu:  Anak-anak lelaki Asaf, iaitu Zakur, Yusuf, Netania, dan Asarela. Mereka berada di bawah pimpinan Asaf, dan Asaf menyampaikan perkhabaran Tuhan sesuai dengan aturan yang ditetapkan oleh raja.  Enam orang anak lelaki Yedutun,+ iaitu Gedalia, Zeri, Yeshaya, Simei, Hasabia, dan Matitia.+ Mereka berada di bawah pimpinan bapa mereka, Yedutun, seorang lelaki yang bernubuat sambil diiringi kecapi. Dia juga menyanyikan lagu pujian dan lagu kesyukuran kepada Yehuwa.+  Anak-anak lelaki Heman,+ iaitu Bukia, Matania, Uziel, Syebuel, Yerimot, Hanania, Hanani, Eliata, Gidalti, Romamti-ezer, Yosbekasa, Maloti, Hotir, dan Mahaziot.  Mereka semua ialah anak-anak lelaki Heman, seorang nabi yang sentiasa memuliakan Tuhan yang benar dan menyampaikan penglihatan daripada-Nya. Tuhan mengurniakan 14 orang anak lelaki dan 3 orang anak perempuan kepada Heman.  Mereka semua berada di bawah pimpinan bapa mereka. Tugas mereka semasa di Rumah Yehuwa, Tuhan yang benar, ialah bernyanyi sambil diiringi simbal, alat-alat muzik bertali, dan kecapi.+ Asaf, Yedutun, dan Heman pula berada di bawah pimpinan raja.  Jumlah mereka dan saudara-saudara mereka yang telah dilatih untuk bernyanyi bagi Yehuwa ialah 288 orang, dan mereka semua mahir dalam tugas mereka.  Orang yang mahir bersama dengan orang yang baru belajar, baik yang tua mahupun yang muda, masing-masing membuang undi+ untuk menentukan tugas mereka.  Undi yang pertama jatuh kepada anak Asaf, iaitu Yusuf;+ kedua kepada Gedalia,+ saudara-saudaranya, dan anak-anak lelakinya, seramai 12 orang; 10  ketiga kepada Zakur,+ anak-anak lelakinya, dan saudara-saudaranya, seramai 12 orang; 11  keempat kepada Izri, anak-anak lelakinya, dan saudara-saudaranya, seramai 12 orang; 12  kelima kepada Netania,+ anak-anak lelakinya, dan saudara-saudaranya, seramai 12 orang; 13  keenam kepada Bukia, anak-anak lelakinya, dan saudara-saudaranya, seramai 12 orang; 14  ketujuh kepada Yesarela, anak-anak lelakinya, dan saudara-saudaranya, seramai 12 orang; 15  kelapan kepada Yeshaya, anak-anak lelakinya, dan saudara-saudaranya, seramai 12 orang; 16  kesembilan kepada Matania, anak-anak lelakinya, dan saudara-saudaranya, seramai 12 orang; 17  ke-10 kepada Simei, anak-anak lelakinya, dan saudara-saudaranya, seramai 12 orang; 18  ke-11 kepada Azarel, anak-anak lelakinya, dan saudara-saudaranya, seramai 12 orang; 19  ke-12 kepada Hasabia, anak-anak lelakinya, dan saudara-saudaranya, seramai 12 orang; 20  ke-13 kepada Subael,+ anak-anak lelakinya, dan saudara-saudaranya, seramai 12 orang; 21  ke-14 kepada Matitia, anak-anak lelakinya, dan saudara-saudaranya, seramai 12 orang; 22  ke-15 kepada Yeremot, anak-anak lelakinya, dan saudara-saudaranya, seramai 12 orang; 23  ke-16 kepada Hanania, anak-anak lelakinya, dan saudara-saudaranya, seramai 12 orang; 24  ke-17 kepada Yosbekasa, anak-anak lelakinya, dan saudara-saudaranya, seramai 12 orang; 25  ke-18 kepada Hanani, anak-anak lelakinya, dan saudara-saudaranya, seramai 12 orang; 26  ke-19 kepada Maloti, anak-anak lelakinya, dan saudara-saudaranya, seramai 12 orang; 27  ke-20 kepada Eliata, anak-anak lelakinya, dan saudara-saudaranya, seramai 12 orang; 28  ke-21 kepada Hotir, anak-anak lelakinya, dan saudara-saudaranya, seramai 12 orang; 29  ke-22 kepada Gidalti,+ anak-anak lelakinya, dan saudara-saudaranya, seramai 12 orang; 30  ke-23 kepada Mahaziot,+ anak-anak lelakinya, dan saudara-saudaranya, seramai 12 orang; 31  dan ke-24 kepada Romamti-ezer,+ anak-anak lelakinya, dan saudara-saudaranya, seramai 12 orang.

Nota Kaki