Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Satu Tawarikh 10:1-14

RANGKA KANDUNGAN

  • Kematian Saul dan anak-anak lelakinya (1-14)

10  Orang Filistin berperang dengan orang Israel, dan orang Israel melarikan diri daripada orang Filistin. Banyak orang yang terbunuh di Gunung Gilboa.+  Saul dan anak-anak lelakinya menjadi sasaran utama orang Filistin. Orang Filistin mengejar mereka dan membunuh anak-anak Saul, iaitu Yonatan, Abinadab, dan Malki-sua.+  Pertempuran di sekeliling Saul menjadi sengit. Akhirnya, para pemanah menemui Saul dan dia cedera kerana terkena anak panah mereka.+  Maka Saul berkata kepada askar yang membawa senjatanya, “Hunuskanlah pedangmu dan tikamlah beta. Beta tidak ingin diperlakukan dengan kejam oleh bangsa yang tidak bersunat ini.”+ Tetapi askar itu enggan berbuat demikian kerana dia sangat takut. Oleh itu, Saul mengambil pedang itu dan menikam dirinya.*+  Apabila askar itu nampak bahawa Saul sudah meninggal, dia juga menikam dirinya dengan pedang* lalu meninggal.  Demikianlah Saul dan tiga orang anak lelakinya meninggal. Seisi rumahnya yang bersama-samanya juga meninggal.+  Apabila orang Israel di lembah* nampak bahawa semua orang telah melarikan diri dan Saul serta anak-anak lelakinya telah mati, mereka pun meninggalkan kota mereka dan melarikan diri. Maka orang Filistin datang dan tinggal di situ.  Keesokan harinya, apabila orang Filistin datang untuk mengambil barang-barang yang ada pada mayat, mereka menjumpai mayat Saul dan mayat anak-anak lelakinya di Gunung Gilboa.+  Maka mereka mengambil barang-barang pada mayat Saul. Mereka menanggalkan baju zirahnya,* dan memenggal kepalanya. Kemudian mereka mengirim utusan ke seluruh negeri Filistin untuk menyampaikan berita itu kepada rakyat dan patung-patung berhala mereka.+ 10  Mereka meletakkan baju zirah* Saul di kuil tuhan mereka dan menggantungkan tengkoraknya di kuil Dagon.+ 11  Semua orang Yabes+ di Gilead mendengar apa yang telah dilakukan oleh orang Filistin terhadap Saul.+ 12  Maka pahlawan-pahlawan orang Yabes pergi mengambil mayat Saul dan mayat anak-anak lelakinya lalu membawanya ke Yabes. Mereka menanam tulang-tulang itu di bawah sebatang pokok besar di Yabes,+ lalu mereka berpuasa selama tujuh hari. 13  Demikianlah Saul mati kerana dia tidak setia kepada Yehuwa. Dia tidak mematuhi firman Yehuwa,+ dan dia telah meminta petunjuk daripada bomoh,+ 14  bukannya daripada Yehuwa. Jadi Dia menyebabkan Saul dibunuh lalu menyerahkan kuasa pemerintahan Saul kepada Daud anak Isai.+

Nota Kaki

Atau “merebahkan dirinya ke atas pedang itu.”
Atau “merebahkan dirinya ke atas pedang itu.”
Atau “di dataran rendah.”
Atau “mengambil senjatanya.”
Atau “meletakkan senjata.”