Satu Samuel 16:1-23

  • Samuel mengurapi Daud sebagai raja (1-13)

    • “Yehuwa melihat hati” (7)

  • Tuhan tidak mencurahkan kuasa ke atas Saul (14-17)

  • Daud memainkan kecapi untuk Saul (18-23)

16  Akhirnya Yehuwa berfirman kepada Samuel, “Berapa lamakah engkau mahu bersedih kerana Saul,+ sedangkan Aku sudah menolaknya sebagai raja yang memerintah orang Israel?+ Isilah sebuah tanduk dengan minyak+ dan berangkatlah. Aku akan mengutus engkau kepada Isai,+ penduduk Betlehem itu, kerana Aku telah memilih salah seorang daripada anak lelakinya sebagai raja.”+  Tetapi Samuel berkata, “Bagaimanakah aku dapat berbuat demikian? Jika Saul mendengar tentang hal ini, dia akan membunuhku.”+ Yehuwa berfirman, “Bawalah seekor anak lembu bersamamu dan katakanlah, ‘Aku datang untuk mempersembahkan korban kepada Yehuwa.’  Jemputlah Isai semasa engkau mempersembahkan korban itu, lalu Aku akan memberitahu engkau apa yang harus dilakukan. Engkau harus mengurapi* orang yang akan Aku tunjukkan kepadamu.”+  Samuel melakukan apa yang difirmankan oleh Yehuwa. Apabila dia tiba di Betlehem,+ para pemimpin kota itu gementar semasa bertemu dengannya. Mereka bertanya, “Adakah kedatangan tuan membawa kesejahteraan?”  Samuel menjawab, “Ya, aku datang untuk mempersembahkan korban kepada Yehuwa. Sucikanlah diri kamu dan ikutlah aku.” Selepas Isai dan anak-anak lelakinya menyucikan diri, dia menjemput mereka ke upacara mempersembahkan korban.  Apabila mereka tiba, Samuel nampak Eliab+ lalu dia berfikir, “Sudah pasti dialah orang yang dilantik* oleh Yehuwa.”  Namun Yehuwa berfirman kepada Samuel, “Janganlah perhatikan paras rupa dan ketinggiannya+ kerana bukan dia yang Aku pilih. Pandangan Tuhan bukanlah seperti pandangan manusia, kerana manusia melihat rupa luaran sedangkan Yehuwa melihat hati orang.”+  Selepas itu, Isai memanggil Abinadab+ lalu menyuruhnya menghadap Samuel. Tetapi Samuel berkata, “Dia juga tidak dipilih oleh Yehuwa.”  Kemudian Isai membawa Shama+ tetapi Samuel berkata, “Dia pun tidak dipilih oleh Yehuwa.” 10  Demikianlah Isai menyuruh ketujuh-tujuh orang anak lelakinya menghadap Samuel. Namun Samuel berkata kepada Isai, “Tiada seorang pun antara mereka yang dipilih oleh Yehuwa.” 11  Akhirnya Samuel bertanya kepada Isai, “Hanya inikah anak-anak lelakimu?” Isai menjawab, “Masih ada seorang lagi yang bongsu.+ Dia sedang menggembala biri-biri.”+ Lalu Samuel berkata kepada Isai, “Suruhlah dia datang kerana kita tidak akan duduk untuk makan selagi dia belum tiba.” 12  Maka Isai menyuruh orang untuk memanggil anak bongsunya. Anaknya itu kacak dan matanya menawan.+ Kemudian Yehuwa berfirman, “Inilah orangnya! Bangunlah dan urapilah dia.”+ 13  Oleh itu, Samuel mengambil tanduk yang berisi minyak+ lalu mengurapinya di hadapan abang-abangnya. Sejak hari itu, kuasa suci Yehuwa dicurahkan ke atas Daud.+ Kemudian Samuel berangkat ke Rama.+ 14  Yehuwa tidak lagi mencurahkan kuasa suci-Nya ke atas Saul,+ dan Yehuwa membiarkan fikiran* Saul bercelaru sehingga dia berasa terseksa.+ 15  Maka hamba-hamba Saul berkata kepadanya, “Tuanku, Tuhan sudah membiarkan fikiran tuanku bercelaru sehingga tuanku berasa terseksa. 16  Jika tuanku setuju, perintahkanlah hamba sekalian untuk mencari seseorang yang mahir bermain kecapi.+ Setiap kali Tuhan membiarkan fikiran tuanku bercelaru, orang itu akan memainkan kecapi supaya tuanku berasa lebih tenang.” 17  Oleh itu, Saul berkata kepada hamba-hambanya, “Carilah seseorang yang pandai bermain kecapi dan bawalah dia ke sini.” 18  Salah seorang hambanya berkata, “Hamba pernah melihat salah seorang anak Isai, penduduk Betlehem itu, bermain kecapi dengan mahir. Dia seorang pahlawan yang gagah dan berani.+ Lagipun dia kacak dan pandai berkata-kata,+ dan Yehuwa menyertainya.”+ 19  Maka Saul menghantar utusan kepada Isai lalu berkata, “Suruhlah anakmu Daud yang menggembala ternakan untuk datang menghadap beta.”+ 20  Kemudian Isai mengambil roti, kirbat kulit yang berisi wain, dan seekor anak kambing lalu memuatkannya ke atas seekor keldai. Dia menyuruh Daud membawa semua itu kepada Saul. 21  Demikianlah Daud datang kepada Saul dan mula berkhidmat kepadanya.+ Saul semakin mengasihi Daud dan menjadikan Daud pembawa senjatanya. 22  Saul mengirim pesan kepada Isai: “Benarkanlah Daud terus berkhidmat kepada beta kerana beta suka akan Daud.” 23  Setiap kali Tuhan membiarkan fikiran Saul bercelaru sehingga dia berasa terseksa, Daud mengambil kecapi lalu memainkannya. Setelah itu, Saul mendapat ketenangan dan kelegaan hati, dan fikirannya akan menjadi tenang semula.+

Nota Kaki

Atau “melantik.”
Atau “diurapi.”
Lihat Kamus, “Roh.”