Satu Samuel 13:1-23

  • Saul memilih sepasukan tentera (1-4)

  • Saul bertindak dengan angkuh (5-9)

  • Samuel menegur Saul (10-14)

  • Orang Israel tidak mempunyai senjata (15-23)

13  Saul berumur . . .* tahun semasa dia menjadi raja,+ dan dia memerintah Israel selama dua tahun.  Kemudian Saul memilih 3,000 orang dari negeri Israel; 2,000 orang daripada mereka berada bersama Saul di Mikhmas dan kawasan pergunungan di Bethel, sedangkan 1,000 orang berada bersama Yonatan+ di Gibea,+ di wilayah Benyamin. Saul menyuruh orang yang selebihnya untuk pulang ke khemah masing-masing.  Kemudian Yonatan membunuh sepasukan tentera orang Filistin+ di Geba+ dan orang Filistin pun mendengar tentang hal itu. Lalu Saul menyuruh orang untuk meniup trompet+ di seluruh negeri dan berkata, “Biarlah orang Ibrani mendengar!”  Segenap umat Israel mendengar berita ini: “Saul telah membunuh sepasukan tentera orang Filistin dan sekarang umat Israel sangat dibenci oleh orang Filistin.” Oleh itu, rakyat dipanggil untuk menyertai Saul di Gilgal.+  Sementara itu, orang Filistin juga berkumpul untuk menyerang orang Israel. Mereka mempunyai 30,000 buah kereta kuda dan 6,000 orang penunggang kuda serta angkatan tentera yang banyak seperti pasir di pantai.+ Mereka pergi berkhemah di Mikhmas, di sebelah timur Bet-awen.+  Orang Israel sedar bahawa mereka dalam kesusahan kerana mereka menghadapi keadaan yang genting. Jadi mereka bersembunyi di dalam gua,+ celah-celah batu, bukit batu, tempat bawah tanah, dan lubang.  Bahkan beberapa orang Ibrani menyeberangi Sungai Yordan untuk pergi ke wilayah suku Gad dan kawasan Gilead.+ Tetapi Saul masih berada di Gilgal dan semua orang yang mengikutinya gementar ketakutan.  Saul terus menunggu selama tujuh hari sehingga waktu yang ditentukan oleh Samuel, tetapi Samuel belum juga tiba di Gilgal dan umat itu bercerai-berai meninggalkannya.  Akhirnya Saul berkata, “Bawalah korban bakar dan korban pendamaian kepada beta.” Lalu dia mempersembahkan korban bakar itu.+ 10  Namun, sebaik sahaja dia selesai mempersembahkan korban bakar itu, Samuel pun tiba. Maka Saul pergi menemuinya dan menyambutnya. 11  Samuel bertanya, “Apakah yang sudah tuanku lakukan?” Saul menjawab, “Beta nampak rakyat meninggalkan beta+ dan tuan belum juga tiba pada waktu yang ditentukan. Lagipun, orang Filistin sedang berkumpul di Mikhmas.+ 12  Maka beta berfikir, ‘Sekarang orang Filistin akan turun dan menyerang beta di Gilgal, padahal beta belum lagi mendapatkan perkenan Yehuwa.’ Itulah sebabnya beta terpaksa mempersembahkan korban bakar itu.” 13  Lalu Samuel berkata kepada Saul, “Tuanku telah bertindak dengan bodoh. Tuanku tidak mematuhi perintah yang diberikan oleh Yehuwa, Tuhan tuanku.+ Jika tuanku mematuhinya, Yehuwa pasti membenarkan tuanku dan keturunan tuanku memerintah Israel untuk selama-lamanya. 14  Tetapi sekarang, kerajaan tuanku tidak akan berkekalan.+ Yehuwa akan mencari seorang lelaki yang menyenangkan hati-Nya+ dan Yehuwa akan melantiknya sebagai pemimpin umat-Nya.+ Hal ini demikian kerana tuanku tidak mematuhi apa yang diperintahkan oleh Yehuwa kepada tuanku.”+ 15  Selepas itu, Samuel berangkat dari Gilgal dan pergi ke Gibea di wilayah Benyamin. Saul menghitung bilangan orang yang masih bersamanya dan jumlahnya kira-kira 600 orang.+ 16  Saul, anaknya Yonatan, dan para pengikut mereka masih berada di Geba,+ yang terletak di Benyamin, sedangkan orang Filistin berkhemah di Mikhmas.+ 17  Pasukan tentera orang Filistin keluar dari perkhemahan untuk menjarah barang, dan mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan. Satu kumpulan pergi ke jalan yang menuju Ofra, ke wilayah Syual; 18  satu lagi kumpulan pergi ke jalan yang menuju Bet-horon;+ dan kumpulan ketiga pergi ke jalan yang menuju sempadan yang berhadapan dengan lembah Zeboim, ke arah padang belantara. 19  Pada masa itu, seluruh negeri Israel tidak mempunyai seorang tukang besi pun kerana orang Filistin berkata, “Kita tidak mahu orang Ibrani membuat pedang atau tombak.” 20  Maka semua orang Israel terpaksa pergi kepada orang Filistin untuk mengasah mata bajak, cangkul, kapak, atau sabit mereka. 21  Harga untuk mengasah mata bajak, cangkul, alat bergigi tiga, dan kapak serta untuk membaiki tongkat menggiring binatang ialah satu pim.* 22  Oleh itu pada masa pertempuran, semua orang yang ada bersama Saul dan Yonatan tidak mempunyai pedang atau tombak. Hanya Saul dan anaknya Yonatan yang memiliki senjata.+ 23  Sementara itu, sepasukan tentera orang Filistin telah mengikut laluan dekat jurang di Mikhmas.+

Nota Kaki

Teks Ibrani tidak menyatakan angkanya.