Satu Raja-Raja 17:1-24

  • Nabi Elia bernubuat tentang kemarau (1)

  • Burung gagak membawa makanan kepada Elia (2-7)

  • Elia melawat balu di Sarafat (8-16)

  • Anak lelaki balu mati dan dibangkitkan (17-24)

17  Elia,*+ orang Tisbi yang tinggal di Gilead,+ berkata kepada Ahab, “Hamba bersumpah demi Yehuwa yang hidup, Tuhan orang Israel dan Tuhan yang hamba sembah, bahawa tidak ada embun atau hujan yang akan turun selama beberapa tahun, kecuali atas perintah hamba!”+  Yehuwa berfirman kepada Elia,  “Tinggalkanlah tempat ini, dan pergilah ke arah timur. Bersembunyilah di Lembah* Kerit, di sebelah timur Sungai Yordan.  Minumlah air dari anak sungai, dan Aku akan menyuruh burung gagak untuk membawa makanan kepadamu di situ.”+  Dia segera beredar dan melakukan apa yang difirmankan oleh Yehuwa. Dia pergi dan tinggal dekat Lembah Kerit, yang terletak di sebelah timur Sungai Yordan.  Setiap pagi dan setiap petang, burung gagak membawa roti dan daging kepadanya, dan dia minum air dari anak sungai yang ada di situ.+  Beberapa lama kemudian, anak sungai itu pun kering+ kerana hujan tidak turun-turun di negeri itu.  Yehuwa berfirman kepada Elia,  “Pergilah ke Sarafat, kota orang Sidon, dan tinggallah di sana. Aku akan menyuruh seorang balu di sana untuk memberikan makanan kepadamu.”+ 10  Maka dia pun pergi ke Sarafat. Apabila dia tiba di pintu masuk kota itu, ada seorang balu yang sedang mengumpulkan kayu. Dia memanggil balu itu dan berkata, “Bawakanlah aku sedikit air di dalam sebuah cawan supaya aku dapat minum.”+ 11  Apabila balu itu hendak pergi mengambil air, Elia berkata lagi, “Berilah aku seketul roti juga.” 12  Balu itu menjawab, “Demi Yehuwa, Tuhanmu yang hidup, aku bersumpah bahawa aku tidak mempunyai roti. Aku hanya mempunyai segenggam tepung di dalam bekas yang besar dan sedikit minyak di dalam bekas yang kecil.+ Aku sedang mengumpulkan sedikit kayu. Sebentar lagi aku akan masuk ke dalam rumah dan memasak sesuatu untuk diriku dan anak lelakiku. Itulah makanan kami yang terakhir. Sesudah itu, kami akan menunggu maut sahaja.” 13  Elia berkata kepadanya, “Janganlah risau. Pergilah dan buatlah seperti apa yang kamu katakan. Tetapi sebelum itu, buatlah seketul roti yang kecil daripada tepung yang kamu miliki, dan berikanlah roti itu kepadaku. Kemudian kamu boleh memasak sesuatu untuk dirimu dan anak lelakimu. 14  Yehuwa, Tuhan orang Israel, telah berfirman, ‘Tepung di dalam bekas yang besar itu tidak akan habis, dan bekas kecil yang berisi minyak itu tidak akan kosong sehingga Aku, Yehuwa, menurunkan hujan ke atas permukaan tanah.’”+ 15  Maka balu itu melakukan apa yang disuruh oleh Elia. Balu itu dan keluarganya serta Elia mempunyai makanan yang cukup untuk berhari-hari lamanya.+ 16  Tepung di dalam bekas yang besar itu tidak habis, dan minyak di dalam bekas kecil itu juga tidak habis. Semuanya berlaku menurut apa yang difirmankan oleh Yehuwa menerusi Elia. 17  Beberapa lama kemudian, anak lelaki kepada wanita yang memiliki rumah itu jatuh sakit. Penyakitnya bertambah teruk, dan akhirnya dia mati.+ 18  Maka balu itu berkata kepada Elia, “Ya hamba Tuhan yang benar, mengapakah tuan melakukan hal ini kepadaku? Adakah tuan datang untuk mengingatkanku tentang kesalahanku lalu membunuh anakku?”+ 19  Elia menjawabnya, “Berikanlah anakmu itu kepadaku.” Lalu dia mengambil anak itu dari pangkuan ibunya. Selepas itu, dia membawa anak itu ke dalam biliknya yang terletak di bumbung rumah, dan membaringkan anak itu di tempat tidurnya.+ 20  Dia berseru kepada Yehuwa, “Ya Yehuwa, Tuhanku,+ aku sedang menumpang di rumah balu ini. Tetapi mengapakah Engkau menambah kesusahannya dan membiarkan anaknya mati?” 21  Kemudian dia memeluk anak itu sebanyak tiga kali lalu berseru kepada Yehuwa, “Ya Yehuwa, Tuhanku, pulangkanlah nyawa anak ini ke dalam tubuhnya!” 22  Yehuwa mendengarkan permintaan Elia+ lalu nyawa anak itu kembali ke dalam tubuhnya, dan anak itu hidup semula.+ 23  Elia membawa anak itu turun dari biliknya yang terletak di bumbung rumah dan menyerahkannya kepada ibunya. Elia berkata, “Lihatlah, anak lelakimu sudah hidup.”+ 24  Maka balu itu berkata kepada Elia, “Sekarang barulah aku yakin bahawa tuan sememangnya hamba Tuhan,+ dan firman Yehuwa yang tuan ucapkan itu memang benar.”

Nota Kaki

Maksudnya “Yehuwa ialah Tuhanku.”
Atau “Wadi.”