Satu Korintus 12:1-31

  • Kurnia kuasa suci Tuhan (1-11)

  • Satu tubuh, banyak anggota (12-31)

12  Saudara-saudara, aku ingin kamu mengetahui tentang pelbagai kurnia+ yang diberikan oleh Tuhan.  Kamu tahu bahawa semasa kamu hidup seperti bangsa-bangsa lain,* kamu telah dipengaruhi dan disesatkan untuk menyembah berhala yang tidak dapat bersuara,+ dan kamu mengikut mereka ke mana sahaja kamu dibawa.  Sekarang, aku ingin kamu tahu bahawa tidak ada seorang pun yang didorong oleh kuasa suci Tuhan dapat berkata, “Terkutuklah Yesus!” Begitu juga, tidak ada seorang pun dapat berkata, “Yesuslah Tuan!” kecuali orang itu dipimpin oleh kuasa suci Tuhan.+  Ada berbagai-bagai kurnia, tetapi semuanya diberikan oleh kuasa suci yang sama.+  Ada berbagai-bagai cara untuk berkhidmat kepada orang lain,+ tetapi semuanya dilakukan untuk Tuan yang sama.  Ada berbagai-bagai kegiatan, tetapi Tuhan yang membolehkan semua orang melakukan kegiatan-kegiatan ini ialah Tuhan yang sama.+  Tuhan memberikan kuasa suci-Nya demi manfaat semua orang, dan cara kuasa suci Tuhan membantu seseorang dapat dilihat dengan jelas.+  Melalui kuasa suci Tuhan, ada yang dapat berucap dengan bijaksana. Melalui kuasa suci yang sama, ada yang dapat meluahkan kata-kata dengan penuh pengetahuan.  Melalui kuasa suci yang sama, ada yang dibantu agar memiliki iman,+ sedangkan yang lain dikurniai kebolehan untuk menyembuhkan orang sakit.+ 10  Melalui kuasa suci yang sama, ada yang dapat melakukan mukjizat,+ ada yang dapat bernubuat, ada yang dapat menentukan sama ada apa yang diucapkan berasal daripada Tuhan atau tidak,+ ada yang dapat bercakap dalam bahasa-bahasa lain,+ dan ada yang dapat menterjemahkan bahasa-bahasa lain.+ 11  Semua itu dilakukan oleh kuasa suci yang sama. Kuasa suci Tuhan memberikan kurnia-kurnia itu kepada setiap orang menurut kehendaknya. 12  Tubuh hanya satu, tetapi terdiri daripada banyak anggota. Walaupun anggota-anggota tubuh banyak, tubuh itu satu.+ Demikianlah halnya dengan Kristus. 13  Kita semua, baik orang Yahudi mahupun orang Yunani, baik hamba mahupun orang bebas, dibaptis dengan kuasa suci yang sama supaya kita menjadi satu tubuh, dan kita semua telah menerima kuasa suci yang sama. 14  Sememangnya, tubuh tidak terdiri daripada satu anggota sahaja, tetapi terdiri daripada banyak anggota.+ 15  Walaupun kaki mungkin berkata, “Oleh sebab aku bukan tangan, aku bukan sebahagian daripada tubuh,” kaki masih sebahagian daripada tubuh. 16  Walaupun telinga mungkin berkata, “Oleh sebab aku bukan mata, aku bukan sebahagian daripada tubuh,” telinga masih sebahagian daripada tubuh. 17  Seandainya seluruh tubuh itu mata sahaja, bagaimanakah tubuh dapat mendengar? Seandainya seluruh tubuh itu telinga sahaja, bagaimanakah tubuh dapat menghidu? 18  Namun, setiap anggota tubuh disusun mengikut aturan yang dikehendaki oleh Tuhan. 19  Tidak mungkin ada tubuh jika semua anggota tubuh sama sahaja. 20  Oleh itu memang ada banyak anggota, tetapi hanya satu tubuh. 21  Mata tidak boleh berkata kepada tangan, “Aku tidak memerlukan kamu.” Kepala pun tidak boleh berkata kepada kaki, “Aku tidak memerlukan kamu.” 22  Sebenarnya, anggota tubuh yang nampaknya lebih lemah memang diperlukan. 23  Jika ada bahagian tubuh yang kita rasa kurang elok dipandang, kita akan berusaha untuk memperindahnya+ supaya bahagian tubuh yang kurang elok dipandang akan kelihatan lebih indah. 24  Tetapi kita tidak perlu melakukan apa-apa untuk memperindah bahagian tubuh yang elok dipandang. Tuhan sudah mengatur tubuh kita sedemikian rupa sehingga bahagian tubuh yang kurang elok dipandang akan kelihatan lebih indah. 25  Dengan demikian, tubuh itu tidak akan berpecah belah dan setiap anggota tubuh akan saling memperhatikan.+ 26  Jika satu anggota menderita, semua anggota lain turut menderita bersamanya.+ Jika satu anggota dimuliakan, semua anggota lain turut bersukacita bersamanya.+ 27  Kamu semua ialah tubuh Kristus,+ dan kamu masing-masing ialah anggota tubuh itu.+ 28  Tuhan sudah menetapkan tugas yang berbeza-beza bagi mereka yang ada dalam sidang: Pertama, rasul-rasul;+ kedua, nabi-nabi;+ ketiga, guru-guru;+ kemudian orang yang melakukan mukjizat;+ dan seterusnya orang yang dikurniai kebolehan untuk menyembuhkan orang sakit.+ Ada juga yang berkhidmat kepada orang lain, menjadi pemimpin,+ atau bercakap dalam bahasa-bahasa lain.+ 29  Adakah mereka semuanya rasul? Adakah mereka semuanya nabi? Adakah mereka semuanya guru? Adakah mereka semua mempunyai kuasa untuk melakukan mukjizat? 30  Adakah mereka semua dikurniai kebolehan untuk menyembuhkan orang sakit? Adakah mereka semua dapat bercakap dalam bahasa-bahasa lain?+ Adakah mereka semua dapat menterjemah? Tidak!+ 31  Namun, teruslah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memperoleh kurnia-kurnia yang lebih utama.+ Tetapi aku akan menunjukkan jalan yang jauh lebih unggul kepada kamu.+

Nota Kaki

Iaitu, orang yang tidak percaya kepada Tuhan yang benar.