Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Wahyu 4:1-11

RANGKA KANDUNGAN

  • Penglihatan tentang hadirat Yehuwa di syurga (1-11)

    • Yehuwa duduk di atas takhta-Nya (2)

    • 24 penatua di atas takhta (4)

    • Empat makhluk hidup (6)

4  Selepas itu, aku nampak sebuah pintu terbuka di syurga. Suara pertama yang aku dengar, yang kedengaran seperti trompet, berkata kepadaku, “Naiklah ke sini. Aku akan menunjukkan kepadamu hal-hal yang mesti berlaku.”  Kemudian, aku segera dikuasai daya aktif Tuhan lalu aku nampak sebuah takhta di syurga dan ada seseorang yang duduk di atas takhta itu.  Takhta itu dikelilingi oleh sebuah pelangi yang kelihatan seperti zamrud, dan Dia yang duduk di atas takhta itu kelihatan seperti batu jasper dan batu sardius.*  Di sekeliling takhta itu terdapat 24 takhta, dan aku melihat 24 orang penatua yang sedang duduk di atas takhta-takhta itu. Mereka memakai jubah putih dan terdapat mahkota emas di atas kepala mereka.  Kilat, suara, dan guruh keluar dari takhta itu, dan di depan takhta itu ada tujuh buah lampu yang bernyala dengan api, yang melambangkan tujuh daya Tuhan.  Di depan takhta itu juga ada sesuatu yang kelihatan seperti lautan kaca yang jernih dan yang bersinar seperti kristal. Takhta itu terletak di tengah-tengah, dan di sekeliling takhta itu ada empat makhluk hidup yang penuh dengan mata pada bahagian depan dan pada bahagian belakang.  Makhluk hidup yang pertama kelihatan seperti singa, makhluk hidup yang kedua kelihatan seperti lembu jantan muda, makhluk hidup yang ketiga mempunyai muka seperti manusia, dan makhluk hidup yang keempat kelihatan seperti burung helang yang terbang.  Setiap makhluk hidup itu mempunyai enam sayap yang penuh dengan mata, bahkan pada bahagian bawah sayap. Siang dan malam, keempat-empat makhluk hidup itu terus berkata, “Suci, suci, sucilah Tuhan Yehuwa Yang Maha Kuasa, yang dahulu ada, yang sekarang ada, dan yang akan datang.”  Makhluk-makhluk hidup itu memberikan kemuliaan, penghormatan, dan kesyukuran kepada Tuhan yang duduk di atas takhta, iaitu Dia yang hidup selama-lamanya. Setiap kali mereka berbuat demikian, 10  semua 24 orang penatua itu akan bersujud di hadapan Dia yang duduk di atas takhta lalu menyembah Dia yang hidup selama-lamanya. Mereka melemparkan mahkota mereka di depan takhta itu dan berkata, 11  “Ya Yehuwa, Tuhan kami, Engkau layak menerima kemuliaan, penghormatan, dan kuasa, kerana Engkau menciptakan segala sesuatu, dan kerana kehendak-Mu segala sesuatu wujud dan diciptakan.”

Nota Kaki

Atau “batu permata yang berwarna merah.”