Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Wahyu 15:1-8

RANGKA KANDUNGAN

  • Tujuh malaikat dengan tujuh tulah (1-8)

    • Lagu Musa dan lagu Anak Bebiri (3, 4)

15  Aku nampak satu lagi tanda di syurga yang luar biasa dan menakjubkan. Aku nampak tujuh malaikat dengan tujuh tulah dan inilah tulah-tulah yang terakhir, kerana melalui tulah-tulah ini, kemurkaan Tuhan akan berakhir.  Aku nampak sesuatu yang kelihatan seperti lautan kaca yang bercampur api. Aku juga nampak orang yang berdiri di tepi lautan kaca itu sambil memegang kecapi Tuhan. Merekalah yang telah mengalahkan binatang buas, patung binatang buas, dan nombor yang melambangkan nama binatang buas itu.  Mereka menyanyikan lagu Musa, hamba Tuhan itu, dan lagu Anak Bebiri yang berbunyi seperti berikut: “Tuhan Yehuwa Yang Maha Kuasa, perbuatan-Mu agung dan menakjubkan. Ya Raja yang kekal, haluan-Mu benar dan adil.  Ya Yehuwa, Engkau sahajalah yang setia. Jadi siapakah yang tidak akan takut kepada-Mu, dan siapakah yang tidak akan memuliakan nama-Mu? Semua bangsa akan menghadap-Mu untuk menyembah-Mu, kerana perintah-Mu yang adil sudah disingkapkan.”  Selepas itu, aku nampak Rumah Tuhan* dalam khemah suci* di syurga terbuka,  lalu tujuh malaikat dengan tujuh tulah itu keluar dari Rumah Tuhan. Mereka memakai kain linen yang bersih dan terang, dan dada mereka dililiti kain pengikat yang diperbuat daripada emas.  Salah satu daripada empat makhluk hidup tersebut memberi tujuh malaikat itu tujuh mangkuk emas yang penuh dengan kemurkaan Tuhan, iaitu Dia yang hidup selama-lamanya.  Rumah Tuhan dipenuhi asap kerana kemuliaan dan kuasa-Nya, dan tiada seorang pun yang dapat masuk ke dalam Rumah Tuhan sehingga tujuh tulah daripada tujuh malaikat itu berakhir.

Nota Kaki

Iaitu, Bilik Maha Suci di dalam Rumah Tuhan.
Harfiah, “khemah kesaksian.”