Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Roma 10:1-21

RANGKA KANDUNGAN

  • Cara mendapatkan perkenan Tuhan (1-15)

    • Mengisytiharkan perkhabaran (10)

    • Orang yang menyeru nama Yehuwa diselamatkan (13)

    • Indahnya kaki orang yang menginjil (15)

  • Berita baik ditolak (16-21)

10  Saudara-saudara, aku merayu kepada Tuhan dengan sepenuh hati supaya orang Israel diselamatkan.  Aku boleh memberikan kesaksian bahawa mereka berkhidmat kepada Tuhan dengan semangat yang berkobar-kobar. Tetapi mereka berbuat demikian tanpa pengetahuan yang tepat.  Oleh sebab mereka tidak mengetahui piawaian Tuhan yang adil, mereka berusaha membuktikan bahawa mereka diperkenankan Tuhan menurut cara mereka sendiri, dan mereka tidak menurut piawaian Tuhan yang adil.  Kristus sudah menyebabkan Hukum tidak lagi berkuat kuasa. Oleh itu, semua orang yang beriman dapat diperkenankan Tuhan.  Musa menulis tentang orang yang diperkenankan Tuhan kerana mereka mematuhi Hukum: “Orang yang menurut Hukum Musa akan hidup kerana hukum itu.”  Tetapi Ayat-Ayat Suci ada menyatakan bahawa seseorang boleh mendapat perkenan Tuhan melalui imannya. Ayat-Ayat Suci menyatakan, “Janganlah bertanya dalam hatimu, ‘Siapakah yang akan naik ke syurga?’ iaitu, untuk membawa Kristus turun;  atau, ‘Siapakah yang akan turun ke jurang yang dalam?’ iaitu, untuk membawa Kristus naik daripada kalangan orang mati.”  Apakah yang dinyatakan dalam Ayat-Ayat Suci? Ayat-Ayat Suci menyatakan, “Perkhabaran itu sangat dekat denganmu, iaitu di dalam mulutmu dan di dalam hatimu.” “Perkhabaran” itu diterima melalui iman, dan kami sedang menyebarkan perkhabaran itu.  Jika kamu mengisytiharkan dengan mulut kamu bahawa Yesus ialah Tuan, dan jika kamu beriman di dalam hati kamu bahawa Tuhan sudah membangkitkan Yesus daripada kematian, kamu akan diselamatkan. 10  Dengan hati, seseorang beriman untuk mendapat perkenan Tuhan. Namun dengan mulut, seseorang mengisytiharkan perkhabaran itu untuk mendapat penyelamatan. 11  Ada tertulis dalam ayat suci, “Sesiapa yang beriman kepadanya tidak akan dikecewakan.” 12  Tidak ada perbezaan antara orang Yahudi dengan orang Yunani. Mereka semua mempunyai Tuan yang sama, yang murah hati terhadap semua orang yang berseru kepadanya. 13  Hal ini demikian kerana “semua orang yang menyeru nama Yehuwa akan diselamatkan.” 14  Tetapi bagaimanakah mereka dapat berseru kepada-Nya jika mereka belum beriman kepada-Nya? Bagaimanakah mereka dapat beriman kepada-Nya jika mereka tidak mengenal-Nya? Bagaimanakah mereka dapat mengenal-Nya jika tiada orang yang menyebarkan perkhabaran tentang-Nya? 15  Bagaimanakah orang dapat menyebarkan perkhabaran tentang-Nya jika mereka tidak diutus? Sebagaimana yang tertulis, “Betapa indahnya kaki orang yang mengkhabarkan berita baik tentang hal-hal yang baik!” 16  Tetapi, tidak semua orang patuh kepada berita baik. Yesaya berkata, “Yehuwa, siapakah yang mempercayai perkhabaran yang kami sampaikan?” 17  Sebenarnya, orang hanya dapat beriman selepas mendengar perkhabaran itu, dan orang dapat mendengar perkhabaran itu kerana ada orang yang menyampaikan berita tentang Kristus. 18  Namun aku bertanya: Adakah hal itu bermaksud bahawa mereka tidak mendengar perkhabaran itu? Sudah tentu mereka mendengarnya, kerana ada tertulis, “Orang di seluruh bumi, bahkan yang tinggal di hujung bumi pun telah mendengar perkhabaran itu.” 19  Namun aku bertanya: Adakah orang Israel tidak memahaminya? Tidak, mereka memang memahaminya. Musa pernah berkata, “Aku akan membuat kamu cemburu melalui bangsa yang lain. Aku akan membuat kamu marah melalui bangsa yang bodoh.” 20  Kemudian, Yesaya mengucapkan firman Tuhan dengan penuh keberanian, “Aku dijumpai oleh mereka yang tidak mencari Aku. Aku menyingkapkan diri kepada mereka yang tidak bertanya tentang Aku.” 21  Namun, mengenai orang Israel Tuhan berfirman, “Sepanjang hari Aku merayu kepada umat yang ingkar dan degil supaya kembali kepada-Ku.”

Nota Kaki