Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Ibrani 2:1-18

RANGKA KANDUNGAN

  • Menumpukan lebih banyak perhatian (1-4)

  • Segala sesuatu ditundukkan kepada Yesus (5-9)

  • Yesus dan saudara-saudaranya (10-18)

    • Pemimpin Utama yang membawa penyelamatan (10)

    • Imam agung yang berbelas kasihan (17)

2  Itulah sebabnya kita perlu menumpukan lebih banyak perhatian kepada perkara-perkara yang sudah kita dengar, agar kita tidak sekali-kali hanyut.  Jika perkhabaran yang disampaikan melalui para malaikat terbukti dapat dipercayai, dan setiap orang yang berbuat salah dan yang ingkar dihukum dengan adil,  bagaimanakah kita dapat melarikan diri jika kita telah mengabaikan penyelamatan yang begitu agung? Tuan kitalah yang mula-mula mengisytiharkan penyelamatan itu, dan orang yang mendengarnya sudah membuktikan kebenarannya kepada kita.  Di samping itu, Tuhan memberikan kesaksian dengan menggunakan tanda-tanda, mukjizat, dan pelbagai perbuatan yang menakjubkan. Dia juga memberikan kesaksian dengan membahagi-bahagikan daya aktif menurut kehendak-Nya.  Dia tidak memberi para malaikat kuasa ke atas dunia yang akan datang, iaitu dunia yang sedang kita percakapkan.  Namun, terdapat seorang saksi yang pernah menulis, “Siapakah manusia sehingga Engkau mengingat mereka, atau siapakah anak manusia, sehingga Engkau menjaganya?  Engkau menjadikannya sedikit rendah daripada malaikat-malaikat, dan Engkau memberinya kemuliaan dan penghormatan serta melantiknya untuk mengurus apa yang telah Engkau jadikan dengan tangan-Mu.  Engkau telah menundukkan segala sesuatu di bawah kakinya.” Tuhan memberinya kuasa ke atas segala sesuatu, maka tidak ada apa-apa pun yang tidak dikuasai olehnya. Tetapi sekarang kita masih belum melihat segala sesuatu dikuasai olehnya.  Namun demikian, kita melihat Yesus diberikan kemuliaan dan penghormatan kerana dia telah menderita sampai mati. Dia dijadikan sedikit rendah daripada malaikat-malaikat, dan melalui kebaikan hati Tuhan yang unggul, dia merasai kematian demi setiap orang. 10  Segala sesuatu wujud melalui Tuhan dan untuk memuliakan-Nya. Maka, adalah wajar bagi Tuhan untuk menjadikan Pemimpin Utama kita sempurna melalui penderitaan, supaya banyak anak dapat dimuliakan dan diselamatkan melalui Pemimpin Utama ini. 11  Baik Yesus yang menyucikan manusia mahupun mereka yang disucikan olehnya berasal daripada Bapa yang sama. Itulah sebabnya dia tidak berasa malu untuk memanggil mereka saudara-saudara. 12  Dia berkata, “Aku akan mengisytiharkan nama-Mu kepada saudara-saudaraku. Aku akan memuji-Mu dengan lagu di tengah-tengah sidang.” 13  Dia juga berkata, “Aku akan menaruh kepercayaan kepada-Nya.” Dia berkata lagi, “Inilah aku bersama anak-anak muda yang diberikan oleh Yehuwa kepadaku.” 14  Memandangkan tubuh “anak-anak muda” ini terdiri daripada darah dan daging, dia juga menjadi darah dan daging agar melalui kematiannya, dia dapat membinasakan Iblis yang mampu menyebabkan kematian. 15  Selain itu, dia juga dapat membebaskan semua orang yang diperhamba seumur hidup oleh perasaan takut akan kematian. 16  Sesungguhnya, dia bukannya membantu malaikat-malaikat, tetapi dia membantu benih* Abraham. 17  Oleh itu, dia harus menjadi seperti “saudara-saudaranya” dalam segala hal agar dia dapat berkhidmat kepada Tuhan sebagai seorang imam agung yang berbelas kasihan dan setia, dan agar dia dapat mempersembahkan korban pendamaian bagi dosa-dosa orang. 18  Oleh sebab dia sendiri telah menderita semasa diuji, dia dapat membantu orang yang diuji.

Nota Kaki

Atau “keturunan.”