Lompat ke kandungan

Lompat ke Senarai Kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

2 Timotius 4:1-22

RANGKA KANDUNGAN

  • “Melaksanakan tugas kamu dengan sepenuhnya” (1-5)

    • Khabarkan firman Tuhan tanpa berlengah-lengah (2)

  • “Aku sudah berjuang dalam perjuangan yang baik” (6-8)

  • Kata-kata lain (9-18)

  • Salam akhir (19-22)

4  Di hadapan Tuhan dan di hadapan Kristus Yesus yang akan menghakimi orang hidup dan orang mati, yang akan menampakkan diri, dan yang akan datang dalam Kerajaannya, aku memberi kamu perintah yang berikut:  Khabarkan firman Tuhan tanpa berlengah-lengah, baik pada masa yang senang mahupun pada masa yang susah. Berikanlah teguran, amaran tegas, dan nasihat dengan penuh kesabaran dan dengan menggunakan seni mengajar.  Hal ini demikian kerana akan tiba suatu jangka masa apabila orang tidak akan mendengarkan ajaran yang sihat.* Tetapi mereka akan menuruti keinginan sendiri dan mengumpulkan guru-guru yang akan menggeletek telinga mereka.*  Mereka tidak lagi mahu mendengar kebenaran tetapi akan memberikan perhatian kepada cerita-cerita palsu.  Tetapi hendaklah kamu memelihara daya pemikiran kamu dalam segala hal, menghadapi kesusahan dengan tabah, melakukan kerja seorang penginjil,* dan melaksanakan tugas kamu dengan sepenuhnya.  Aku sudah menjadi seperti persembahan wain yang dicurahkan, dan masa pembebasanku sudah sangat dekat.  Aku sudah berjuang dalam perjuangan yang baik, aku sudah berlari dalam perlumbaan sampai ke akhir, dan aku tetap teguh dalam kepercayaan.  Sekarang, Tuan yang menghakimi dengan adil sudah menyediakan sebuah mahkota untuk aku. Mahkota itu adalah untuk orang yang melakukan apa yang benar. Mahkota itu akan diberikan kepada aku pada hari penghakiman sebagai suatu ganjaran. Bukan aku sahaja yang akan menerimanya, malah semua orang yang menantikan-nantikan masanya dia menampakkan diri juga akan menerimanya.  Berusahalah dengan sedaya upaya untuk datang kepadaku secepat mungkin. 10  Demas telah meninggalkan aku kerana dia mencintai sistem dunia ini.* Dia sudah pergi ke Tesalonika, Kreskes sudah pergi ke Galatia, dan Titus sudah pergi ke Dalmatia. 11  Hanya Lukas yang ada bersama-sama aku. Bawalah Markus bersama kamu kerana dia banyak membantu aku dalam tugasku. 12  Aku telah mengutus Tikhikus ke Efesus. 13  Apabila kamu datang, bawalah jubah yang aku tinggalkan dengan Karpus di Troas. Bawalah gulungan-gulungan itu juga, terutamanya gulungan yang diperbuat daripada kulit. 14  Aleksander, tukang tembaga itu, telah banyak menyakiti aku. Yehuwa akan membalas dia setimpal dengan perbuatannya. 15  Kamu juga seharusnya berjaga-jaga terhadapnya, kerana dia menentang keras perkhabaran kita. 16  Semasa aku membela diri buat kali pertama, tiada seorang pun yang ada di sisiku. Mereka semua meninggalkan aku. Semoga hal itu tidak dipertanggungjawabkan kepada mereka. 17  Namun, Tuan berdiri berhampiranku dan memberikan kuasa kepadaku, supaya melalui aku kerja penyebaran dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya dan semua bangsa dapat mendengarnya. Aku juga telah diselamatkan daripada mulut singa. 18  Tuan kita akan menyelamatkan aku daripada segala perbuatan jahat. Dia akan menyelamatkan aku dan membawa aku ke dalam Kerajaannya di syurga. Semoga dia dimuliakan buat selama-lamanya. Amin. 19  Sampaikan salamku kepada Priska dan Akwila serta kepada rumah tangga Onesiforus. 20  Erastus tetap tinggal di Korintus, tetapi aku meninggalkan Trofimus di Miletus kerana dia sakit.  21  Berusahalah sedaya upaya untuk tiba sebelum musim sejuk. Ebulus mengirim salam kepada kamu, begitu juga dengan Pudes, Linus, dan Klaudia, serta semua saudara yang lain. 22  Semoga Tuan kita menyertai sikap baik yang kamu tunjukkan. Semoga kebaikan hatinya yang unggul menyertai kamu.

Nota Kaki

Atau “berfaedah.”
Atau “memberitahu mereka perkara-perkara yang mahu didengar oleh mereka.”
Atau “terus menyebarkan berita baik.”
Atau “zaman sekarang.” Lihat Daftar Kata, “Sistem dunia.”