Lompat ke kandungan

Mengapakah Tuhan Menolak Sesetengah Doa?

Mengapakah Tuhan Menolak Sesetengah Doa?

Jawapan Bible

 Terdapat sesetengah doa yang tidak akan didengari Tuhan. Perhatikan dua sebab Tuhan tidak mempedulikan doa seseorang.

1. Doa yang bertentangan dengan kehendak Tuhan

 Tuhan tidak akan menjawab permohonan yang bertentangan dengan kehendak-Nya atau perintah yang ditetapkan-Nya dalam Bible. (1 Yohanes 5:14) Contohnya, Bible mengatakan bahawa kita harus menolak sifat tamak. Berjudi menyebabkan orang memupuk sifat itu. (1 Korintus 6:​9, 10) Maka, Tuhan tidak akan menjawab doa orang yang memohon untuk menang loteri. Tuhan bukanlah jin yang dapat mengabulkan apa sahaja permintaan anda. Sebenarnya, anda patut bersyukur atas hal ini. Jika tidak, orang boleh meminta apa sahaja kepada Tuhan, termasuk mencederakan anda.—Yakobus 4:3.

2. Orang yang berdoa itu berbuat jahat

 Tuhan tidak akan mendengar doa orang yang tidak mentaati-Nya. Contohnya, mengenai orang yang mengaku menyembah-Nya namun tidak mentaati-Nya, Dia berkata, “Tidak kira berapa banyak kali kamu berdoa, Aku tidak akan mendengarnya, kerana tangan kamu berlumuran darah.” (Yesaya 1:15) Tetapi, jika mereka bertaubat dan berusaha memperbaiki hubungan dengan Tuhan, Dia akan mendengar doa yang diucapkan mereka.—Yesaya 1:18.