Lompat ke kandungan

Apakah Ajaran Bible tentang Tinggal Bersama Tanpa Berkahwin?

Apakah Ajaran Bible tentang Tinggal Bersama Tanpa Berkahwin?

Jawapan Bible

 Bible menunjukkan bahawa Tuhan ingin manusia “menjauhi perbuatan seks yang tidak bermoral.” (1 Tesalonika 4:3) Dalam Bible, ungkapan “perbuatan seks yang tidak bermoral” merangkumi perzinaan, hubungan homoseksual, dan hubungan seks antara seorang lelaki dan seorang perempuan yang belum berkahwin.

 Mengapakah Tuhan peduli sama ada pasangan lelaki dan wanita berkahwin atau tidak?

  •   Tuhanlah yang mengatur perkahwinan. Dia mengasaskan perkahwinan semasa menciptakan pasangan manusia yang pertama. (Kejadian 2:22-24) Tuhan tidak ingin pasangan yang belum berkahwin tinggal bersama tanpa komitmen dalam perkahwinan.

  •   Tuhan tahu apa yang terbaik untuk manusia. Dia telah mengasaskan perkahwinan sebagai satu ikatan kekal antara seorang lelaki dan seorang wanita, dan yang akan membawa manfaat dan perlindungan kepada semua ahli keluarga. Pertimbangkan satu perumpamaan. Untuk memasang perabot dalam cara yang betul, anda perlu membaca arahan yang disediakan oleh pengilang. Begitu juga, kita dapat berjaya dalam membina hubungan keluarga apabila kita mendengar arahan Tuhan. Dengan menuruti piawaian Tuhan, kita akan sentiasa meraih manfaat.—Yesaya 48:17, 18.

    Arahan daripada pengilang dapat membantu anda memasang perabot dalam cara yang betul. Arahan daripada Tuhan membantu anda membina keluarga yang bahagia

  •   Hubungan seks luar nikah dapat membawa kesan yang serius. Misalnya, perbuatan itu akan menyebabkan kehamilan yang tidak diingini, penyakit kelamin, dan masalah emosi.

  •   Tuhan membolehkan manusia melahirkan anak menerusi hubungan seks. Dalam pandangan Tuhan, nyawa sangat bernilai dan kebolehan untuk melahirkan anak merupakan kurniaan yang sangat berharga. Maka, Tuhan ingin kita menghormati kurniaan itu dengan mengikuti aturan-Nya mengenai perkahwinan.—Ibrani 13:4.

 Bolehkah kita bersekedudukan sebelum berkahwin untuk memutuskan sama ada serasi atau tidak?

 Bersekedudukan sebelum berkahwin bukanlah kunci kebahagiaan. Hal ini demikian kerana dalam “tempoh percubaan” itu, pasangan boleh memilih untuk memutuskan hubungan pada bila-bila masa. Sebaliknya, hubungan pasangan akan menjadi lebih kukuh jika kedua-duanya menunjukkan komitmen terhadap satu sama lain dan bekerjasama untuk mengatasi masalah. a Perkahwinan akan mengukuhkan komitmen.—Matius 19:6.

 Bagaimanakah anda dapat membina perkahwinan yang kukuh?

 Perkahwinan yang sempurna tidak pernah wujud. Biarpun begitu, pasangan boleh membina perkahwinan yang bahagia dengan menerapkan beberapa contoh nasihat Bible yang berikut:

a Lihat rencana “Keluarga yang Bahagia—Komitmen.”