Lompat ke kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Adakah Bible Menyebut tentang Perkahwinan Sama Jantina?

Jawapan Bible

Pencipta kita telah menetapkan hukum-hukum tentang perkahwinan lama sebelum kerajaan manusia berbuat demikian. Buku pertama dalam Bible menyatakan, “Seorang lelaki akan meninggalkan ibu bapanya dan tinggal bersama isterinya, lalu mereka berdua akan menjadi satu.” (Kejadian 2:24) Menurut Vine’s Expository Dictionary of Biblical Words, perkataan Ibrani bagi “isteri” membawa erti “seorang manusia yang berjantina perempuan.” Yesus menegaskan bahawa hanya “lelaki dan perempuan” yang patut berkahwin.—Matius 19:4.

Maka Tuhan bertujuan agar perkahwinan menjadi ikatan yang erat dan berkekalan antara seorang lelaki dengan seorang wanita. Lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi agar mereka dapat saling memuaskan keperluan seks dan emosi, dan beranak cucu.