Jawapan Bible

Sebagai makhluk roh, Iblis tinggal di suatu dimensi, atau alam, yang tidak kelihatan. Namun, ini tidak merujuk kepada neraka di mana Iblis menyeksa orang-orang jahat, seperti gambar yang ditunjukkan dalam rencana ini.

“Peperangan berlaku di syurga”

Untuk suatu jangka masa, Syaitan Si Iblis dapat bergerak bebas di syurga, termasuk menghadap Tuhan bersama dengan malaikat-malaikat setia yang lain. (Ayub 1:6) Tetapi Bible mengatakan bahawa perang di syurga akan tercetus, dan Syaitan akan disingkirkan dari syurga serta “dibuang ke bumi.” (Wahyu 12:7-9, Alkitab Berita Baik) Kronologi Bible dan sejarah dunia membuktikan bahawa perang di syurga ini telah pun berlaku. Kini, pergerakan Iblis dihadkan di bumi sahaja.

Adakah ini bermaksud Iblis tinggal di suatu tempat yang tertentu di bumi? Misalnya, kota Pergamus kuno disebut sebagai “tempat letaknya takhta Syaitan” dan “tempat tinggal Syaitan.” (Wahyu 2:13) Tidak. Sebenarnya, ungkapan-ungkapan ini bermaksud kota itu penuh dengan penyembahan syaitan. Bible mengatakan bahawa Iblis memerintah “semua kerajaan di bumi.” Maka, dia tidak tinggal di suatu lokasi yang spesifik tetapi dia berada di sekitar bumi.​—Lukas 4:​5, 6.