Lompat ke kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Bolehkah Kita Menyembah Patung?

Jawapan Bible

Tidak boleh. Mengenai hukum-hukum yang diberikan oleh Tuhan kepada bangsa Israel, New Catholic Encyclopedia menyatakan bahawa “Pelbagai catatan Bible membuktikan bahawa penyembahan yang sejati bebas daripada penggunaan patung.” Perhatikan beberapa ayat Bible yang berikut:

  • ‘Jangan buat patung bagi diri kamu, patung yang menyerupai apa-apa pun yang ada di langit, di bumi, atau di dalam air di bawah bumi. Jangan sujud atau sembah kepada patung apa pun, kerana Akulah Yehuwa, Tuhan kamu, dan Aku tidak mahu disamakan dengan apa-apa pun.’ (Keluaran 20:​4, 5, Alkitab Berita Baik) Memandangkan Tuhan “tidak mahu disamakan dengan apa-apa pun,” Dia tidak akan senang hati jika kita memuja atau menyembah patung, gambar, berhala, ikon, lambang, dan sebagainya.

  • “Aku tidak akan menyerahkan kemuliaan-Ku kepada yang lain atau kemasyhuran-Ku kepada patung ukiran.” (Yesaya 42:8, Alkitab Versi Borneo) Tuhan menolak penyembahan yang ditujukan kepada-Nya melalui patung. Semasa orang Israel menyembah Tuhan dengan menggunakan patung anak lembu, Tuhan mengatakan bahawa mereka “telah melakukan dosa yang besar.”​—Keluaran 32:​7-9.

  • “Memandangkan kita anak-anak Tuhan, kita tidak patut berfikir bahawa Tuhan adalah seperti hasil seni reka manusia yang diperbuat daripada emas, perak, atau batu.” (Kisah 17:29) Penyembahan orang kafir sering menggunakan patung, yang merupakan “hasil seni reka manusia.” Sebaliknya, orang Kristian “hidup berdasarkan iman, dan bukannya berdasarkan apa yang dapat dilihat,” seperti yang dikatakan dalam Bible.​—2 Korintus 5:7.

  • “Anak-anak yang dikasihi, jauhkanlah diri kamu daripada berhala.” (1 Yohanes 5:​21) Berdasarkan perintah-perintah yang diberikan kepada orang Israel dan orang Kristian, Bible mengatakan bahawa Tuhan tidak pernah menerima atau mengizinkan penggunaan patung dan lambang untuk menyembah-Nya.