Lompat ke kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Apakah Pandangan Bible tentang Transfusi Darah?

Jawapan Bible

Bible melarang kita daripada mengambil darah. Jadi kita tidak harus menerima darah utuh atau komponen utama darah, tidak kira dalam bentuk makanan ataupun secara transfusi. Perhatikan ayat-ayat Bible yang berikut:

  • Kejadian 9:4. Selepas Air Bah, Tuhan mengizinkan Nuh dan keluarganya untuk makan daging binatang, tetapi mereka dilarang makan darah. Tuhan berfirman kepada Nuh: “Tetapi kamu tidak boleh makan daging yang masih berdarah, kerana darah melambangkan nyawa.” Perintah ini diberi kepada semua manusia, kerana semua orang adalah keturunan Nuh.

  • Imamat 17:14. “Kamu semua tidak boleh makan darah sebarang makhluk kerana nyawa setiap makhluk hidup terkandung dalam darahnya. Sesiapa yang makan darah mesti dihukum mati.” Di mata Tuhan, nyawa terkandung dalam darah dan merupakan milik Tuhan. Walaupun hukum ini hanya diberikan kepada bangsa Israel, hukum ini menunjukkan bahawa Tuhan memandang serius perintah untuk tidak makan darah.

  • Kisah 15:20. Perintah yang Tuhan berikan kepada orang Kristian sama dengan perintah yang diberikan kepada Nuh, iaitu untuk “menjauhi darah.” Menurut sejarah, orang Kristian masa awal tidak makan darah ataupun menggunakan darah untuk tujuan perubatan.

Mengapakah Tuhan memerintahkan kita agar menjauhi darah?

Terdapat kajian perubatan yang membuktikan bahawa transfusi darah boleh memudaratkan kesihatan. Namun begitu, sebab utama Tuhan mahu kita menjauhi darah adalah kerana darah melambangkan sesuatu yang suci kepada-Nya.—Imamat 17:11; Kolose 1:20.