Lompat ke kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Apakah Itu Neraka? Adakah Neraka Tempat Seksaan yang Kekal?

Jawapan Bible

Beberapa Bible menterjemahkan kata Ibrani “Sheol” dan kata Yunani “Hades” sebagai “neraka,” tetapi kedua-dua perkataan ini sebenarnya bermaksud kuburan. (Mazmur 55:15, Alkitab Versi Borneo; Lukas 10:15, Alkitab Berita Baik) Ramai orang percaya bahawa neraka ialah tempat seksaan berapi, seperti gambar yang ditunjukkan dalam rencana ini. Namun, Bible tidak menyokong ajaran itu.

  1. Sesiapa yang berada di dunia orang mati, atau neraka, tidak tahu apa-apa dan tidak dapat merasakan kesakitan. ‘Orang yang telah mati tidak tahu apa-apa pun. Kasih, kebencian, dan nafsu mereka, semuanya lenyap. Di dunia orang mati tiada pekerjaan, fikiran, pengetahuan, ataupun hikmat lagi.’​—Pengkhutbah 9:​5, 6, 10, Alkitab Berita Baik.

  2. Orang baik juga pergi ke dunia orang mati atau neraka. Hamba-hamba Tuhan yang setia seperti Yakub dan Ayub juga pergi ke sana.​—Kejadian 37:35, Terjemahan Baru; Ayub 14:13, Alkitab Berita Baik.

  3. Hukuman bagi dosa ialah kematian, bukannya seksaan di neraka berapi. “Apabila seseorang mati, hutang dosanya sudah dilangsaikan.”​—Roma 6:7.

  4. Jika ada tempat seksaan yang kekal, hal itu bermaksud Tuhan tidak adil. (Ulangan 32:4) Setelah Adam, manusia yang pertama, berdosa, Tuhan menyatakan hukumannya dengan jelas. Dia berfirman, “Engkau dijadikan daripada tanah, dan engkau akan kembali ke tanah.” (Kejadian 3:​19, Alkitab Berita Baik) Jadi, Adam akan lenyap dan tidak wujud lagi. Tetapi jika Tuhan menghantar Adam ke neraka berapi, maksudnya Tuhan sudah berbohong.

  5. Seksaan kekal tidak pernah timbul dalam fikiran Tuhan. Bible menyatakan bahawa “Tuhan itu kasih.” (1 Yohanes 4:8) Maka, ajaran bahawa Tuhan menghukum orang di api neraka adalah tidak selaras dengan ajaran Bible.​—Yeremia 7:31.