Jawapan Bible

Bible tidak mengajarkan bahawa Tuhan ialah penyebab bencana alam yang berlaku pada hari ini. Penghakiman Tuhan yang disebut dalam Bible agak berbeza dengan bencana alam.

  1. Tuhan tidak menghukum secara sembarangan. Bible berkata, ‘Manusia melihat rupa tetapi Tuhan melihat hati.’—1 Samuel 16:7.

  2. Yehuwa mengetahui isi hati setiap individu dan hanya memusnahkan mereka yang jahat di mata-Nya.—Kejadian 18:23-32.

  3. Tuhan memberikan amaran terlebih dahulu, supaya mereka yang mentaati-Nya berpeluang melarikan diri.

Sebaliknya, bencana alam sering berlaku tanpa amaran, dan sesiapa sahaja mungkin tercedera atau terbunuh. Sebenarnya, manusia telah menyumbang kepada bencana sedemikian kerana merosakkan alam sekitar dan kerana menjalankan kerja pembinaan di kawasan yang sering mengalami gempa bumi, banjir, dan cuaca yang keterlaluan.