Lompat ke kandungan

SIAPAKAH PEREKANYA?

Struktur Gigi Siput Senduk

Struktur Gigi Siput Senduk

 Siput senduk merupakan sejenis siput laut yang mempunyai cangkerang yang berbentuk kon. Gigi siput senduk sangat kuat, dan terdiri daripada sejenis mineral keras yang dipanggil goetit. Serat-serat goetit yang nipis disusun dengan padat dalam gigi siput senduk yang diselaputi protein lembut.

 Fikirkan: Radula siput senduk yang berbentuk lidah diliputi dengan gigi yang melengkung. Panjang setiap gigi itu kurang daripada satu milimeter dan berfungsi sebagai kikir. Gigi siput senduk yang sangat kuat dan keras membolehkannya mengikis alga daripada permukaan batu untuk dimakan.

 Para penyelidik telah menggunakan mikroskop daya atom untuk mencari tahu seberapa kuat gigi siput senduk ini. Mereka mendapati bahawa tahap kekuatan tegangan gigi siput senduk lebih tinggi daripada semua bahan biologi yang pernah diukur, bahkan lebih kuat daripada sutera labah-labah. Ketua penyelidik mengatakan, “Kita harus cuba membina struktur berdasarkan prinsip reka bentuk yang sama.”

 Para penyelidik percaya bahawa bahan sintetik yang meniru sifat-sifat gigi siput senduk boleh digunakan untuk membuat kereta, bot, kapal terbang, dan bahkan gigi palsu.

 Apakah pandangan anda? Adakah gigi siput senduk yang menakjubkan ini wujud secara kebetulan, atau wujud kerana adanya Pencipta?