Lompat ke kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Bagaimanakah Saya Dapat Menyiapkan Semua Kerja Rumah Saya?

Apa yang dapat kamu lakukan

Tentukan tempat untuk belajar. Cari tempat yang tiada gangguan. Jika boleh, duduklah di meja semasa melakukan kerja rumah kamu. Matikan TV.

Masa seperti kuda yang laju, kamu harus belajar untuk mengawalnya

Tetapkan keutamaan. Pendidikan amat penting. Maka siapkan kerja rumah kamu sebelum melakukan hal-hal lain.

Jangan berlengah-lengah. Buat jadual masa dan ikut jadual itu.

Buat rancangan. Pilih tugasan yang perlu dilakukan terlebih dahulu. Tuliskannya pada sehelai kertas, dan tetapkan masa yang akan diluangkan untuk menyiapkan setiap tugasan. Pangkah tugasan dari senarai itu setelah kamu menyiapkannya.

Rehat seketika. Jika kamu tidak dapat menumpukan perhatian, berehatlah sekejap, dan kemudian teruskan tugasan kamu.

Yakin kepada diri sendiri. Ingatlah bahawa kerajinan lebih penting daripada kepintaran. (Amsal 10:4) Kamu dapat menjadi pelajar yang baik. Jika kamu rajin berusaha, kamu akan menuai hasil yang baik.