Lompat ke kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Pilih Bahasa Melayu

Pesakit Saksi Biasanya Sembuh Lebih Cepat

AUSTRALIA: “Pesakit yang merupakan Saksi-Saksi Yehuwa menolak transfusi darah atas dasar kepercayaan agama. Tetapi mereka sebenarnya sembuh lebih cepat berbanding pesakit-pesakit lain.” Begitulah laporan The Sydney Morning Herald terbitan 2 Oktober 2012.

Laporan dalam akhbar itu memetik kata-kata James Isbister, seorang Profesor Klinikal dari Sydney Medical School, University of Sydney: “Profesor Isbister kata bahawa Saksi-Saksi Yehuwa mendapat rawatan yang lebih baik kerana para doktor berusaha memelihara darah mereka [pesakit yang merupakan Saksi]. Hasilnya, kadar kematian mereka berkurang, dan tempoh masa yang diperlukan di hospital atau di unit penjagaan intensif juga lebih pendek berbanding dengan pesakit yang menerima transfusi darah semasa pembedahan.”

Pandangan Doktor Isbister bukanlah sesuatu yang luar biasa. Mengenai pesakit Saksi yang menjalani pembedahan jantung, Archives of Internal Medicine 13-27 Ogos 2012 menyatakan, “Berbanding dengan pesakit yang menerima transfusi darah, Saksi-Saksi kurang mengalami kerumitan yang teruk, dan tempoh masa mereka diwadkan juga lebih pendek.”