Tetapan Akses

Lompat ke menu utama

Lompat ke sub-menu

Lompat ke Senarai Kandungan

Lompat ke kandungan

Saksi-Saksi Yehuwa

Buku Cerita Bible Saya

TERDAPAT DI

Cerita 91: Yesus Mengajar di Atas Bukit

LIHATLAH gambar ini. Yesus sedang duduk sambil mengajar orang di atas sebuah bukit di Galilea. Mereka yang duduk paling dekat dengan Yesus ialah murid-muridnya. Dia telah memilih 12 orang lelaki daripada kalangan murid-muridnya untuk menjadi hawarinya. Hawari-hawari merupakan murid-murid Yesus yang istimewa. Tahukah adik siapa hawari-hawari Yesus?

Yesus mengajar

Mereka ialah Simon Petrus dan Andreas, yang merupakan adik-beradik. Terdapat dua orang hawari lain yang juga merupakan adik-beradik, iaitu Yakobus dan Yohanes. Terdapat seorang lagi hawari yang bernama Yakobus, dan seorang lagi bernama Simon. Dua orang hawari bernama Yudas; seorang ialah Yudas Iskariot dan seorang lagi ialah Yudas yang juga dipanggil Tadius. Hawari-hawari yang lain ialah Filipus, Natanael (yang juga dipanggil Bartolomeus), Matius, dan Tomas.

Selepas Yesus pulang dari Samaria, buat pertama kali dia memberitakan: “Kerajaan syurga sudah dekat.” Tahukah adik, apakah kerajaan yang dimaksudkan oleh Yesus? Kerajaan yang dimaksudkan oleh Yesus ialah Kerajaan Tuhan. Kerajaan itu ialah sebuah kerajaan yang benar-benar wujud. Yesus ialah raja kerajaan itu. Dia akan memerintah dari syurga dan akan membawa kedamaian ke bumi. Kerajaan Tuhan akan menjadikan seluruh bumi sebuah firdaus yang indah.

Di dalam gambar ini, Yesus sedang mengajar orang tentang Kerajaan Tuhan. Yesus menjelaskan, “Sepatutnya kamu berdoa begini, ‘Ya Bapa kami di syurga, semoga nama-Mu dihormati. Semoga kerajaan-Mu datang. Semoga kehendak-Mu terjadi di bumi, seperti di syurga.’” Doa ini dipanggil ‘Doa Bapa Kami’ oleh ramai orang. Bolehkah adik mengulang doa ini?

Yesus juga mengajar mereka bagaimana mereka patut melayan orang lain. “Apa yang kamu ingin orang lain lakukan untuk kamu, lakukanlah hal itu untuk mereka,” kata Yesus. Adik tentu gembira jika orang lain melayan adik dengan baik, bukan? Jadi, Yesus memberitahu kita bahawa kita harus melayan semua orang dengan baik. Dalam firdaus yang akan datang, semua orang akan berbuat demikian. Alangkah gembiranya hidup kita pada masa itu!

Matius bab 5 hingga bab 7; 10:1-4.



Soalan Pembelajaran

  • Berdasarkan gambar, di manakah Yesus? Siapakah mereka yang duduk paling dekat dengannya?
  • Yesus mempunyai 12 orang hawari. Berikan nama-nama mereka.
  • Kerajaan apakah yang diberitakan oleh Yesus?
  • Yesus mengajar pendengar-pendengarnya untuk berdoa tentang apa?
  • Apakah yang dikatakan oleh Yesus tentang bagaimana kita harus melayan orang lain?

Soalan-soalan tambahan

  • Baca Matius 5:1-12.

    Bagaimanakah kita dapat menunjukkan bahawa kita sedar akan keperluan rohani kita? (Mat. 5:3; Rm. 10:13-15; 1 Tim. 4:13, 15, 16)

  • Baca Matius 5:21-26.

    Bagaimanakah Matius 5:23, 24 menekankan bahawa hubungan kita dengan saudara saudari kita boleh memberi kesan kepada hubungan kita dengan Yehuwa? (Mat. 6:14, 15; Mzm. 133:1; Kol. 3:13; 1 Yoh. 4:20)

  • Baca Matius 6:1-8.

    Sesetengah orang Kristian berpendapat bahawa mereka lebih soleh daripada orang lain. Apakah yang perlu kita hindari supaya kita tidak menjadi seperti mereka? (Luk. 18:11, 12; 1 Kor. 4:6, 7; 2 Kor. 9:7)

  • Baca Matius 6:25-34.

    Apakah yang diajarkan oleh Yesus tentang pentingnya bagi kita menaruh kepercayaan kepada Yehuwa untuk keperluan hidup kita? (Kel. 16:4; Mzm. 37:25; Flp. 4:6)

  • Baca Matius 7:1-11.

    Perumpamaan yang terdapat di Matius 7:5 mengajar kita tentang apa? (Ams. 26:12; Rm. 2:1; 14:10; Yak. 4:11, 12)